Cara Gaviscon Double Action Berfungsi

 

Gaviscon Double Action berfungsi dengan dua cara untuk melegakan gejala pedih hulu hati dan ketidakhadaman.

1) sodium alginate dalam Gaviscon Double Action mula membentuk lapisan perlindungan (dikenali sebagai penghadang) di atas kandungan perut  apabila ia berinteraksi dengan asid perut. Penghadang ini bertindak sebagai  benteng fizikal yang kuat dan membantu mengekalkan kandungan perut, termasuk asid dalam perut, di tempatnya dan bukan di saluran makanan di mana ia menyebabkan kesakitan.

2) Gaviscon Double Action mengandungi antasid, sejenis bahan yang meneutralkan keasidan perut yang boleh menyebabkan sakit perut jika terlalu tinggi. Antasid meneutralkan asid perut berlebihan dengan meningkatkan paras pH dalam perut, justeru melegakan ketidakhadaman dan sakit perut.

SHARE