Kerjaya

Adakah anda pelajar atau sudah mendapat ijazah dan sedang mempertimbangkan atau sudah memulakan kerjaya dalam bidang barangan pengguna (FMCG)? Adakah anda mencari kerjaya yang membolehkan anda  membuat keputusan dan menerima latihan sebenar sambil melakukan kerja sebenar?

Gaviscon hanyalah satu daripada jenama RB - kebanyakannya terkenal di seluruh dunia. RB atau Reckitt Benckiser, iaitu nama rasmi kami, merupakan salah sebuah syarikat pengeluar barangan isi rumah, kesihatan dan penjagaan peribadi terbesar di dunia, tetapi kami kurang dikenali - walaupun jenama kami memang terkenal!

Kami beroperasi di lebih 60 negara dan di setiap satu, terdapat kakitangan dari pelbagai negara yang berganding bahu. Jenama kami dijual di hampir setiap negara di dunia dan kami mempunyai kadar inovasi tertinggi di kalangan syarikat dalam industri. Rakan sekerja kami menjadi peneraju jenama kami - mereka berbakat, bersungguh-sungguh dan mempunyai ciri keusahawanan, masing-masing berganding bahu untuk mengejar kecemerlangan.

Dapatkan maklumat lanjut tentang gaya RB dan peluang kerjaya di laman www.rb.com dan kunjungi kami di Facebook di www.facebook.com/discoverRB …siapa tahu…