Kebenaran Di Sebalik Pedih Ulu Hati & Ketidakhadaman Semasa Hamil

Kebenaran Di Sebalik Pedih Ulu Hati & Ketidakhadaman Semasa Hamil

Apabila seseorang wanita itu hamil, pedih ulu hati dan ketidakhadaman boleh menjadi masalah kepadanya secara tiba-tiba, walaupun dia tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Adakah anda tahu bahawa ketidakhadaman merupakan salah satu rungutan yang paling biasa semasa kehamilan dengan 80% wanita mengalaminya[1]?

Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah tersebut timbul, seperti perubahan hormon pada awal kehamilan yang boleh menjejaskan bagaimana badan bertahan dalam menerima makanan yang berbeza dan bagaimana otot penghadaman berfungsi atau tekanan fizikal bayi yang menekan perut dan usus anda pada hujung kehamilan.[2] Walaupun ia merupakan sesuatu yang amat biasa dan kebiasaannya tidak berbahaya untuk mengalami simptom-simptom tersebut, namun ia boleh menyakitkan dan menjadikan kehamilan sesuatu yang menyukarkan badan anda.

Kita akan bincangkan beberapa perubahan gaya hidup yang mudah yang boleh memberi kesan yang besar dalam membantu mengurangkan simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman semasa kehamilan.

Benarkan Makanan Dihadamkan

Ianya amat penting untuk membolehkan badan anda menghadamkan makanan anda dengan betul untuk mengelakkan pedih ulu hati dan ketidakhadaman.  Oleh itu, anda perlu memberikan diri anda masa antara dua (2) hingga empat (4) jam selepas makan sebelum anda berbaring. Berbaring dalam posisi mendatar boleh menjadikan penghadaman sangat sukar untuk badan anda dan tiada graviti untuk menarik kembali asid perut anda akan menjadikannya mudah untuk bergerak naik semula ke dalam esofagus.

Seperkara lagi yang boleh dipertimbangkan apabila tidur ialah meletakkan sesuatu di bawah tilam anda atau menambahkan bantal lain, yang mana ia akan membuatkan bahagian atas badan anda lebih tinggi semasa anda tidur. Ini juga akan menyukarkan mana-mana asid perut untuk bergerak naik ke dalam esofagus semasa anda tidur, menyebabkan rasa pedih dalam dada anda.

Cari dan Singkirkan Makanan Penyebab

Makanan yang berbeza memberi kesan kepada orang yang berbeza, maka ia adalah penting untuk mengenal pasti makanan apa yang menyebabkan simptom-simptom pedih ulu hati dan masalah ketidakhadaman.  Perlu diingatkan bahawa makanan yang mungkin tidak bermasalah sebelum ini mungkin sebaliknya pada masa kini. Bagi mengetahui apa yang memberi kesan kepada anda, cuba sediakan diari makanan dan catatkan apa-apa makanan atau minuman yang membuatkan anda merasa tidak sihat.

Duduk Menegak

Duduk menegak ketika anda makan dan setengah jam selepas makan adalah cara yang mudah dan senang untuk mengelakkan ketidakhadaman apabila anda hamil kerana posisi duduk sebegini akan mengalihkan tekanan dari perut anda - semestinya, selagi anda selesa dan bahagian belakang badan anda mempunyai sokongan yang cukup.

Elakkan Membongkok Jika Boleh

Pastinya anda mungkin perlu membongkok untuk mengambil sesuatu dari masa ke semasa, selagi ianya selamat dan anda selesa untuk berbuat demikian, namun jika boleh cuba untuk membengkokkan lutut anda dan bukan membongkok menggunakan pinggang anda. Membongkok pada ketika ini akan membuatkan ketidakhadaman bertambah teruk kerana ia memberikan lebih banyak tekanan terhadap perut anda. [3]

Pakai Pakaian yang Longgar

Selain ianya membuatkan anda menjadi lebih selesa semasa hamil, pakaian yang longgar juga memberi kesan yang lebih baik pada simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Pakaian ketat, terutamanya di sekitar pinggang, boleh memberi tekanan pada perut anda, maka pakaian ibu hamil boleh menjadi pilihan yang baik dalam membantu mengurangkan simptom-simptom.

Ambil Gaviscon

Jika perubahan gaya hidup di atas masih tidak membantu, anda boleh mencuba ubat-ubatan yang dibeli di kaunter. Terdapat beberapa produk Gaviscon yang selamat diambil apabila anda hamil dan sangat berkesan untuk melawan sakit pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Pastikan anda menyemak label terlebih dahulu untuk memastikan ia adalah pilihan yang mesra kehamilan. Ubat-ubatan boleh memberi kesan pada bayi yang belum lahir. Sentiasa berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan semasa hamil.

Gaviscon berfungsi sebagai alginat dalam formula yang membentuk penghalang terhadap asid perut bagi menghentikannya dari bergerak naik ke dalam esofagus dan menyebabkan kesakitan.  Biasanya ia tidak memudaratkan wanita hamil yang mana ia bermaksud bahawa formula itu tidak perlu menyerap masuk ke dalam aliran darah untuk berfungsi.

Jika pedih ulu hati anda berterusan atau anda bimbang mengenainya, anda mungkin perlu membuat janji temu dengan pengamal perubatan am atau bidan.

Ini iklan produk ubat | KKLIU 0605/2018

 

 

 

[1] http://www.motherandbaby.co.uk/lifestyle-and-celebs/food/healthy-eating-tips-and-advice/5-ways-to-beat-pregnancy-indigestion

[2] http://www.webmd.com/heartburn-gerd/guide/heartburn-during-pregnancy

[3] http://www.babycentre.co.uk/a247/indigestion-in-pregnancy