Kehamilan

Ramai wanita mengalami pedih hulu hati (refluks asid) dan ketidakhadaman semasa hamil dan masalah lebih kerap dialami apabila kandungan semakin membesar. Malah menjelang trimester ketiga, hampir tiga suku wanita hamil mungkin mengalami pedih hulu hati.

Terdapat dua sebab utama mengapa pedih hulu hati, dan kadangkala ketidakhadaman lazim dialami pada waktu ini.
  1. Peningkatan hormon progesteron menyebabkan otot mengendur. Ini termasuk sfinkter (gelang otot) di pintu masuk perut. Apabila sfinkter mengendur, asid perut boleh mengalir kembali ke dalam esofagus (saluran makanan) dan menyebabkan pedih hulu hati.
  2. Pada peringkat kehamilan yang lebih lanjut, simptom juga mungkin disebabkan oleh tekanan bayi dalam kandungan terhadap saluran penghadaman wanita.
Simptom pedih hulu hati dan ketidakhadaman adalah sama bagi sesiapa sahaja yang mengalaminya. Walaupun tidak berbahaya kepada anda mahupun bayi dalam kandungan, keadaan mungkin menyakitkan atau menyebabkan rasa tidak selesa. Terdapat beberapa langkah mudah yang  boleh diambil jika anda hamil dan mengalami pedih hulu hati atau ketidakhadaman.
  • mengamalkan diet yang sihat
  • duduk dan/atau tidur dalam kedudukan lebih menegak 
Anda juga boleh berbincang dengan pegawai farmasi atau doktor anda kerana terdapat sesetengah produk di pasaran seperti Gaviscon yang sesuai untuk wanita hamil.

 

Rawatan
Semasa hamil, tentunya anda bimbang tentang pengambilan ubat, tetapi anda tidak perlu menahan kesakitan yang disebabkan oleh simptom pedih hulu hati atau ketidakhadaman. Produk dalam rangkaian Gaviscon sesuai untuk digunakan semasa hamil dan menyusukan bayi. Ini termasuk Gaviscon Original dan Gaviscon Double Action dalam bentuk cecair dan pil

 

Apakah yang menjadikan Gaviscon sesuai untuk kehamilan.
Salah satu bahan utama Gaviscon ialah "alginate". Ia berfungsi bersama badan dengan membentuk satu lapisan perlindungan di atas kandungan perut. Benteng fizikal ini mencegah asid daripada mengalir kembali ke dalam esofagus (saluran makanan). Ini menunjukkan bahawa Gaviscon tidak perlu diserap ke dalam saluran darah untuk memberikan kelegaan.

 

Ubat-ubatan boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Sentiasa berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil sebarang ubat semasa hamil.

Produk Gaviscon sesuai digunakan semasa hamil

Share: