Kesan Pemakanan Tidak Teratur

Kesan Pemakanan Tidak Teratur

Hidup sering kali boleh menjadi sangat sibuk. Sama ada anda seorang ibu sepenuh masa atau pekerja di pejabat di bandar yang bekerja dari pukul sembilan hingga pukul lima, terdapat begitu banyak perkara yang perlu dilakukan setiap hari. Bagi sesetengah orang, terdapat begitu banyak perkara, malah sehingga tidak mempunyai masa untuk makan. Selain menyebabkan simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman yang teruk, pemakanan yang tidak teratur juga boleh memberi kesan lain terhadap kesihatan. Teruskan membaca kerana kami akan menerangkan beberapa kesan pemakanan tidak teratur sepanjang hari!

Tidak Mengambil Sarapan Pagi

Makan sarapan pagi menambahkan gula dalam darah dan memberikan kita vitamin dan nutrien yang kita perlukan untuk meneruskan hari kita[1]. Tanpa tenaga di pagi hari, badan kita tidak mempunyai tenaga dan otak kita akan merasa sukar untuk fokus sepanjang hari. Tidak mengambil sarapan pagi juga boleh menyebabkan berat badan bertambah di mana walaupun  anda mungkin tidak lapar pada waktu itu, rasa lapar pada pertengahan pagi mungkin menyebabkan anda makan snek yang berkalori tinggi dan tidak menyihatkan.

Tergesa-gesa Makan Tengah Hari

Walaupun ini adalah tabiat yang tidak sihat, ianya mungkin merupakan pilihan yang ada bagi mereka yang mempunyai jadual yang sibuk. Makan terlalu cepat boleh menyebabkan pedih ulu hati dan ketidakhadaman[2] seolah-olah anda tidak mengunyah makanan anda dengan betul, maka lebih banyak asid perut diperlukan untuk membantu menghadamkannya. Apabila anda menelan makanan tanpa mengunyah, anda akan menelan banyak udara yang juga boleh menyebabkan ketidakselesaan. Selain itu, anda juga berkemungkinan akan terlebih makan kerana ia mengambil masa selama 20 minit untuk makanan anda sampai ke perut dan kemudian perut anda akan memberitahu otak bahawa anda sudah kenyang.

Kudapan Petang

Makan sambil bercakap di telefon, menonton televisyen atau membaca artikel dalam talian bukanlah satu idea yang baik. Ia amat penting untuk memberi perhatian terhadap badan, kelaparan anda dan berapa banyak yang telah anda makan sebenarnya kerana makan mengikut perasaan merupakan faktor utama dalam penambahan berat badan. Ini kerana apabila anda tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang anda makan, ianya sukar untuk anda menyedari bila anda sebenarnya sudah puas dan kenyang - maka anda mempunyai kecenderungan untuk terus makan sehingga habis kesemuanya. Selain memberikan lebih banyak perhatian terhadap apa dan berapa banyak yang anda makan, cara yang lebih baik untuk melawannya ialah dengan mengelak dari makan secara terus dari bungkusan dan sentiasa makan  bahagian makanan yang sudah dibahagikan supaya apabila bahagian anda sudah habis, anda perlu berhenti makan. 

Makan Sebelum Tidur

Makan terlalu banyak makanan sebelum tidur boleh menjejaskan kualiti dan jangka masa tidur anda[3] menyebabkan anda berasa letih pada keesokan harinya. Anda sepatutnya makan hidangan terakhir anda antara dua (2) hingga empat (4) jam sebelum anda tidur kerana badan kita hanya boleh menghadamkan makanan dalam kedudukan menegak. Berbaring terlalu cepat selepas makan juga boleh menjadi penyebab pedih ulu hati anda dan pengingesan kerana kedudukan ini akan memudahkan asid perut untuk bergerak naik ke dalam esofagus yang menyebabkan rasa pedih di dada.

Sebaik sahaja anda menyedari tabiat buruk pemakanan anda, dengan memberi sedikit perhatian, ia mudah untuk dilawan. Sebaik sahaja anda mula makan dengan lebih kerap, anda sepatutnya akan mula menikmati makanan dan anda akan mula melihat peningkatan tahap tenaga anda juga! Untuk masa-masa di sepanjang hari di mana apabila anda merasakan kehadiran serangan pedih ulu hati dan ketidakhadaman, Gaviscon Double Action akan sentiasa membantu supaya anda dapat meneruskan jadual anda yang sibuk dengan cepat. Sesuai untuk 12 tahun ke atas. Baca label sentiasa.

MAL 09042414XR, MAL 09032031X

Ini iklan produk ubat | KKLIU 0605/2018

 

 

[1] http://www.webmd.com/food-recipes/most-important-meal#1

[2] http://www.webmd.com/heartburn-gerd/indigestion

[3] http://uk.askmen.com/sports/foodcourt_100/116_eating_well.html