Mengelakkan Makan Secara Berlebihan

Mengelakkan Makan Secara Berlebihan

Hujung minggu merupakan masa untuk melupakan segala stres berkaitan kerja dan rehat santai, meluangkan masa bersama yang tersayang dan melakukan perkara yang anda suka, serta ada kalanya ia membawa maksud peluang untuk anda memenuhi kemahuan diri untuk menikmati hidangan yang enak – apatah lagi ianya adalah hujung minggu.

Meskipun menikmati hidangan yang enak atau beberapa gelas minuman pada hujung minggu bukanlah satu masalah, namun melampaui batas dan terlebih makan atau minum akan menyebabkan anda mengalami pedih ulu hati  atau ketidakhadaman. Apabila anda makan secara berlebihan, perut anda perlu menghasilkan lebih banyak asid perut untuk menanganinya dan jika asid yang berlebihan ini dapat bergerak naik ke dalam esofagus, maka anda akan mengalami pedih ulu hati.  Sebaliknya, ketidakhadaman pula dirasai dalam perut.

Amalkan petua-petua berikut untuk menikmati hujung minggu anda tanpa perlu terlebih makan.

Jangan Keluar Dalam Keadaan Lapar

Sama ada anda mengunjungi rakan-rakan anda untuk barbeku atau ibu bapa anda untuk makan tengah hari pada hari minggu, elakkan keluar rumah dalam keadaan lapar jika anda mahu mengelakkan diri dari makan secara berlebihan.  Makan sesuatu yang ringan, sebagai contoh telur rebus, sebelum anda keluar supaya kemungkinan untuk anda makan secara berlebihan akan berkurang semasa anda berdepan dengan hidangan.

Kawal Kuantiti Makanan

Ianya mungkin sukar apabila berdepan dengan hidangan lazat yang banyak, namun cuba fokus pada sejumlah kecil dan tambahkan sayur-sayuran ke atas pinggan makanan anda supaya ia kelihatan banyak. Gunakan pinggan yang lebih kecil untuk membuatkannya kelihatan seolah-olah terdapat jumlah makanan yang banyak di atas pinggan anda.

Jangan Makan Mengikut Perasaan

Amat penting untuk anda mengehadkan gangguan semasa anda makan supaya anda dapat memberi perhatian sepenuhnya pada apa dan berapa banyak yang anda makan. Jika anda berada di parti atau majlis yang diadakan secara bufet, anda boleh cuba makan menggunakan tangan yang bertentangan dari yang biasa anda gunakan, ia membantu anda untuk lebih berhati-hati setiap kali anda ingin mengambil makanan lagi.

Apabila anda berada di rumah dan tiba masa untuk kudapan, amat penting untuk hanya mengambil kuantiti yang cukup untuk diri anda dan simpan yang selebihnya. Sekiranya anda duduk menonton televisyen dengan bungkusan kerepek bersaiz besar, memakannya dengan mengikut perasaan akan menyebabkan anda makan tanpa henti dan menghabiskan kesemua kerepek tersebut tanpa sedar.

Kekal Hidrat

Anda mungkin sibuk bersosial tetapi anda perlu ingat untuk minum air yang banyak. Pertama, jika anda meminum alkohol pada hujung minggu, ia boleh menyebabkan anda ternyahhidrat, maka ianya amat penting untuk anda menghidratkan semula badan anda dan mengeluarkan sebarang toksin. Malah ianya tidak mustahil untuk otak anda mentafsirkan apa yang anda rasa sebagai rasa lapar walaupun hakikatnya anda hanya berasa dahaga[1]

Satu lagi petua yang baik ialah minum segelas air setengah jam sebelum makan untuk membantu mengisi perut anda, anda akan berasa kurang lapar ketika makanan dihidangkan.

Alkohol

Menambah ais pada minuman sejuk adalah cara yang baik untuk memperdaya minda anda supaya merasakan bahawa anda sedang minum lebih daripada yang jumlah yang sebenarnya, ini bermaksud anda sepatutnya minum sedikit sahaja[2].

Adakah anda tahu bahawa bentuk gelas juga boleh mempengaruhi tanggapan anda berkaitan berapa banyak atau berapa sedikit yang anda rasa anda telah minum? Pastikan minuman anda diletakkan dalam gelas kecil yang tinggi dan bukannya rendah tetapi lebar kerana ia akan memperdaya otak anda untuk beranggapan bahawa kuantiti minuman di dalam gelas tersebut adalah lebih banyak.[3]

Cuba amalkan petua-petua tersebut pada hujung minggu ini dan anda sepatutnya berasa segar dan bersedia untuk berhadapan dengan minggu baru apabila hari Isnin menjelma lagi! Sekiranya anda rasa terlebih makan menyebabkan rasa pedih ulu hati atau ketidakhadaman. dan ia benar-benar menyerang anda, ambil Gaviscon Double Action kerana ia akan berfungsi dalam masa tiga (3) minit[4] dan bertahan sehingga empat (4) jam, ini bermaksud anda akan rasa bebas untuk menikmati waktu malam anda seterusnya. Sesuai untuk 12 tahun ke atas. Baca label sentiasa.

MAL 09042414XR, MAL 09032031X

Ini iklan produk ubat | KKLIU 0605/2018

 

[1] http://magazine.vitality.co.uk/how-to-avoid-over-indulging-this-christmas/

[2] http://www.health.com/health/gallery/0,,20769037,00.html#drink-from-a-tall-glass--0

[3] http://www.dailymail.co.uk/health/article-3384642/Want-drink-Try-quirky-guide-reducing-alcohol-intake.html

[4]  Strugala V., Dettmar P.W., Sarratt K., Skykes J. and Berry J. 2010. A randomized, controlled, cross over trial to investigate times to onset of the perception of soothing and cooling by over-the-counter heartburn treatments. The journal of International Medical Research. 38: 449.F457.