Pedih Ulu Hati & Ketidakhadaman pada Malam Hari

Pedih Ulu Hati & Ketidakhadaman pada Malam Hari

 

Mengalami pedih ulu hati dan ketidakhadaman sepanjang malam bukan sahaja menyakitkan tetapi ia juga menjengkelkan - anda sepatutnya tidur dengan nyenyak untuk melalui hari esok tetapi rasa sakit itu menghalang anda berbuat demikian.

Pedih ulu hati adalah biasa ketika malam hari, berbaring secara mendatar, kerana graviti tidak menarik asid perut turun ke bahagian perut yang sepatutnya.[1] Disebabkan itu, asid akan berada lebih lama dalam tekak menyebabkan lebih rasa sakit.

Simptom-simptom ini boleh menyakitkan, maka amatlah penting untuk cuba mengurangkannya seboleh mungkin. Ia boleh dilakukan dengan mudah melalui beberapa perubahan mudah dalam gaya hidup anda. Baca lebih lanjut untuk mengetahui petua-petua yang baik untuk melegakan kesakitan.

Makan sebelum Tidur

Ia amat penting untuk memberi masa kepada badan untuk mengosongkan perut dan menghadamkan makanan dengan baik sebelum anda baring dan tidur. Pastikan anda makan hidangan terakhir anda antara dua (2) hingga empat (4) jam sebelum tidur untuk membolehkan makanan melepasi sistem penghadaman anda.

Aturan Tidur

Letakkan sesuatu  di bawah tilam atau tambahkan bantal tambahan, supaya anda boleh tidur dengan bahagian atas badan berada dalam posisi lebih tinggi sedikit dari bahagian lain. Berbaring secara mendatar akan memudahkan asid perut yang berlebihan untuk bergerak naik ke dalam esofagus dan menyebabkan rasa sakit pedih ulu hati, namun tidur dengan posisi kepala dan belakang tinggi sedikit bermakna graviti dapat menghalang  lebihan asid perut dari bergerak ke tekak anda.

Anda juga patut cuba untuk tidur mengiring ke sebelah kiri anda, dan bukan berbaring. Apabila tidur berbaring, anda memberikan tekanan terhadap perut di mana ia boleh menyebabkan ketidakhadaman dan membawa asid perut naik ke tekak anda. Tidur mengiring ke sebelah kanan anda juga tidak digalakkan kerana ia menyebabkan otot sfinkter anda mengendur, yang mana akan membolehkan asid untuk terlepas. Namun, tidur mengiring ke sebelah kiri anda didapati dapat mengurangkan kesan refluks asid[2].

Kurangkan Stres dan Keresahan

Stres dan keresahan boleh menjadi penyumbang utama kepada pedih ulu hati dan ketidakhadaman serta boleh memberikan impak kepada sistem penghadaman. Jadi ianya amat penting untuk memastikan tahap stres anda serendah yang boleh. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam dan lakukan perkara yang menggembirakan anda. Anda boleh mencuba yoga atau meditasi bagi membantu anda untuk lebih santai!

Pakai Baju Tidur yang Sesuai

Pakai pakaian yang longgar untuk tidur kerana pakaian yang ketat, terutamanya di bahagian pinggang, akan memberikan tekanan terhadap perut anda dan ini boleh membawa kepada pedih ulu hati dan ketidakhadaman

Gaviscon

Jika anda mengalami pedih ulu hati, dapatkan Gaviscon Double Action yang boleh meneutralkan asid perut yang berlebihan dengan pantas dan akan membentuk satu lapisan pelindungan dalam perut untuk menghalang asid perut dari bergerak naik semula ke esofagus. Sesuai untuk 12 tahun ke atas. Baca label sentiasa.

Perubahan-perubahan mudah ini mungkin kecil tetapi boleh memberi impak yang besar terhadap tahap keterukan simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman, jadi mengapa tidak mencubanya malam ini?

MAL 09042414XR, MAL 09032031X

Ini iklan produk ubat | KKLIU 0605/2018

 

 

 

[1] http://www.webmd.boots.com/heartburn-gord/guide/special-risks-of-nighttime-heartburn

[2] http://www.everydayhealth.com/gerd/managing/sleep-tips-for-people-with-gerd.aspx