Penyebab dan Simptom Pedih Ulu Hati

Penyebab & Simptom Pedih Ulu Hati

Pedih ulu hati adalah keadaan biasa yang akan dialami oleh kebanyakan orang pada satu-satu masa dalam hidup mereka. Walaupun simptomnya boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ada kalanya boleh menyakitkan, kebiasaannya pedih ulu hati boleh ditangani sendiri di rumah. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut tentang pedih ulu hati dan apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan simptom.

Apakah pedih ulu hati?

Pedih ulu hati, atau dikenali juga sebagai refluks asid, dialami sebagai rasa pedih dalam dada atau tekak. Pedih ulu hati kebiasaannya terjadi apabila asid dari perut terlepas dan bergerak naik ke dalam esofagus anda. Ini boleh terjadi apabila otot sfinkter bawah, iaitu otot yang terletak di antara perut dan esofagus anda, lemah atau tidak boleh menutup dengan betul. Lapisan dinding esofagus tidak dijadikan untuk melindunginya daripada asid perut seperti mana lapisan dinding perut anda. Oleh itu, anda akan merasa sakit jika asid perut terkena esofagus.

Simptom-Simptom Pedih Ulu Hati

Kebanyakan orang hanya mengalami pedih ulu hati dari masa ke semasa dan berkemungkinan mampu untuk membiarkannya berlalu begitu sahaja. Mereka yang sering mengalaminya pula mungkin akan mengambil ubat-ubatan untuk melegakan simptom-simptom tersebut. Selain rasa sensasi pedih di belakang tekak, terdapat simptom-simptom lain yang perlu diberi perhatian seperti :

  • Rasa pedih yang teruk dalam dada[1]
  • Kesukaran untuk menelan1
  • Rasa berasid dalam mulut atau di belakang tekak

Penyebab pedih ulu hati

Pedih ulu hati boleh terjadi disebabkan oleh banyak sebab yang berbeza. Pertama, seperti yang dinyatakan di atas, otot sfinkter esofagal bawah yang lemah selalu menjadi penyebab pada pedih ulu hati tetapi terdapat sebab-sebab lain juga termasuk faktor pemakanan dan gaya hidup.

Berikut adalah beberapa sebab yang biasa pedih ulu hati:

Cara anda makan

  • Makan hidangan yang besar akan menyebabkan perut anda menghasilkan asid yang berlebihan dan disebabkan tiada ruang untuknya, tekanan boleh menyebabkan asid tersebut bergerak naik ke dalam esofagus.
  • Makan sejurus sebelum tidur akan menyebabkan pedih ulu hati kerana apabila anda berbaring secara mendatar, ia memudahkan asid perut untuk bergerak naik masuk ke dalam esofagus.
  • Makan dengan tergesa-gesa atau menelan makanan dengan cepat bermaksud anda tidak mengunyah makanan dengan betul. Ini menyebabkan makanan anda lebih sukar untuk dihadamkan dan untuk mengatasi masalah ini, perut anda akan menghasilkan lebih banyak asid perut.

Jenis makanan yang anda makan

  • Makanan berlemak cenderung untuk kekal berada dalam perut lebih lama kerana lemak dihadamkan dengan lebih perlahan
  • Makan makanan pedas bermakna anda akan lebih cenderung untuk mengalami pedih ulu hati
  • Makanan seperti coklat dan pudina mungkin mempunyai kesan pengenduran kepada otot sfinkter bawah di mana ia memudahkan asid perut untuk bergerak naik semula ke esofagus.

Jenis minuman yang anda minum

  • Buih-buih dalam minuman berkarbonat boleh meningkatkan tekanan dalam perut[2]
  • Meminum alkohol boleh menyebabkan otot sfinkter bawah mengendur dan membolehkan asid perut untuk bergerak naik ke dalam esofagus[3]
  • Meminum kafein akan meningkatkan kebarangkalian anda mengalami refluks asid dan pedih ulu hati
  • Jus sitrus seperti oren dan limau gedang juga boleh menjadi penyebab kerana paras asid yang tinggi di dalamnya

Penyebab lain

  • Stres turut dikaitkan sebagai penyebab yang berpotensi untuk pedih ulu hati
  • Ubat-ubatan tertentu seperti untuk masalah jantung, asma dan tekanan darah tinggi boleh memberi kesan sampingan dalam bentuk pedih ulu hati
  • Mempunyai berat badan yang berlebihan boleh menjadi tekanan besar terhadap perut anda dan boleh melemahkan otot sfinkter bawah3
  • Seperti mana coklat dan pudina, merokok juga boleh menyebabkan otot sfinkter bawah mengendur
  • Memakai baju yang ketat di bahagian pinggang dan perut boleh membawa kepada pedih ulu hati
  • Perubahan hormon dan fizikal seperti tekanan yang diberikan oleh bayi dalam kandungan terhadap salur penghadaman dan perut semasa kehamilan boleh menyebabkan pedih ulu hati

Walaupun semua ini boleh menyumbang kepada pedih ulu hati, penyebab dan simptom pedih ulu hati adalah berbeza bagi setiap orang.

Pedih ulu hati yang teruk

Membiarkan sahaja pedih ulu hati anda tanpa rawatan boleh membawa kepada beberapa isu lain yang teruk sepanjang masa. Ini termasuk :

  • Kerosakan pada esofagus anda:Jika esofagus anda berulang kali terkena asid perut, dinding yang sensitif itu boleh rosak. Asid tersebut boleh menghauskan dan mengikis tisunya serta boleh membawa kepada pendarahan atau ulser yang menyakitkan terhadap dinding esofagus.
  • Esofagus Barrett: Dalam beberapa kes, pendedahan jangka panjang lapisan dinding esofagus terhadap asid perut boleh membawa kepada satu keadaan yang dikenali sebagai Esofagus Barrett – di sinilah di mana sel-sel tidak normal akan terhasil dalam lapisan dinding dan ada kalanya sel-sel tersebut berpotensi menjadi kanser. Syukurlah, ianya jarang berlaku.
  • Parut esofagus: Pedih ulu hati yang teruk dan berterusan boleh menyebabkan esofagus berparut dan Ini boleh menyukarkan proses menelan dan mungkin memerlukan pembedahan bagi memulihkannya.[4]

Bagaimana melegakan pedih ulu hati

Bagi melegakan simptom pedih ulu hati, atau mencegahnya dari berlaku, anda boleh pertimbangkan petua-petua bantu diri berikut:

  • Mengurangkan saiz hidangan: Cuba makan hidangan yang kecil lebih kerap berbanding tiga (3) hidangan besar dalam sehari
  • Elakkan makanan penyebab:Buat catatan tentang penyebab pedih ulu hati dan cuba sedaya upaya untuk mengelakkannya (makanan berlemak, makanan pedas dan minuman berkafein merupakan antara penyebab biasa yang utama)
  • Ambil masa anda: Makan perlahan-lahan dan kunyah setiap kunyahan dengan berhati-hati boleh membantu mengelakkan pedih ulu hati
  • Pakai pakaian yang longgar: Pinggang yang ketat memberi tekanan terhadap perut anda, maka pilih pakaian yang longgar
  • Berhenti merokok: Asap rokok diketahui boleh mengendurkan sfinkter esofagus bawah, maka anda harus mempertimbangkan untuk berhenti merokok[5]

Terdapat beberapa pilihan rawatan daripada doktor anda yang boleh membantu dalam jangka masa panjang. Mereka akan memberikan ubat-ubatan seperti asid penahan yang akan mengurangkan penghasilan asid perut bagi mencegah pedih ulu hati daripada berulang.

Jika anda tidak bercadang untuk berjumpa pengamal perubatan am tetapi masih mencari sesuatu yang boleh melegakan, terdapat beberapa ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter yang boleh dipertimbangkan. Kebiasaannya ini merupakan pilihan pertama kebanyakan mereka yang mengalami pedih ulu hati. Jika anda mencari kelegaan yang cepat ubat-ubatan yang  boleh dibeli di kaunter, apa kata anda pertimbangkan Gaviscon Double Action?

Gaviscon Double Action

Gaviscon Double Action berfungsi dalam masa tiga (3) minit. Ia berfungsi untuk meneutralkan asid yang tidak diperlukan, asid yang berlebihan dalam perut anda sambil membentuk satu lapisan pelindungan di atas kandungan isi perut anda. Halangan fizikal ini membantu mengekalkan kandungan isi perut dan asid di tempatnya.

Gaviscon Double Action boleh memberikan kelegaan berpanjangan. Malah Gaviscon boleh bertahan sehingga empat (4) jam.

Gaviscon Double Action boleh dibeli di kaunter di farmasi. Jika anda pergi ke pautan di bawah, anda boleh mengetahui lebih banyak tentang Gaviscon dan bagaimana ia berfungsi. Keseluruhan produk boleh didapati di sini .

Bila perlu berjumpa doktor

Pedih ulu hati tidak perlu menjadi masalah jangka panjang. Sekiranya anda bimbang simptom anda tidak bertambah baik, pastikan anda membuat janji temu dan berjumpa dengan ahli farmasi atau pengamal perubatan am anda untuk maklumat lanjut.

Semua maklumat yang diberikan bukan untuk  tujuan diagnosis atau memberi preskripsi  ubat-ubatan. Gaviscon Double Action untuk pedih ulu hati & ketidakhadaman. Baca label sentiasa. Jika simptom-simptom adalah teruk dan berpanjangan, dapatkan khidmat nasihat doktor atau ahli farmasi.

 

MAL 09042414XR, MAL 09032031X

This is a medicine product advertisement | KKLIU 0605/2018

 

 

 

[1] http://www.nhs.uk/Conditions/Gastroesophageal-reflux-disease/Pages/Symptoms.aspx

[2] http://www.health.com/health/gallery/0,,20443643,00.html#soda-2

[3] http://www.nhs.uk/Conditions/Gastroesophageal-reflux-disease/Pages/Causes.aspx

[4] http://www.nhs.uk/Conditions/Gastroesophageal-reflux-disease/Pages/Complications.aspx

[5] http://www.nhs.uk/Conditions/Gastroesophageal-reflux-disease/Pages/Treatment.aspx