Petua & Nasihat

Jika anda mengalami masalah pedih hulu hati dan ketidakhadaman, anda boleh cuba melegakan simptom dengan pantas dengan rangkaian Gaviscon. Gunakan pencadang produk untuk menentukan produk terbaik yang sesuai untuk menangani simptom anda.
Jika anda kerap mengalaminya, anda juga boleh membuat perubahan gaya hidup dan diet untuk mengurangkan pencetus.
  • Jaga berat badan anda
  • Makan hidangan yang kecil secara lebih kerap sepanjang hari
  • Ambil masa untuk menjamu selera - kunyah setiap suapan makanan dengan perlahan
  • Elakkan makanan pedas berempah, berasid dan berlemak
  • Duduk menegak ketika anda makan
  • Longgarkan pakaian atau tali pinggang yang terlalu ketat
  • Jangan makan lewat atau sambil bergerak
  • Jika anda kerap mengalami simptom pada waktu malam, tinggikan katil pada bahagian kepala semasa tidur.
  • Kurangkan pengambilan alkohol, kafein dan minuman bergas
Ramai orang boleh mengenal pasti pencetus bagi simptom yang mereka alami dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Bagaimanapun, jika simptom menjadi teruk atau berpanjangan, atau jika anda mengalami mana-mana simptom seperti di bawah, anda dikehendaki berunding dengan doktor atau pegawai farmasi.

 

Simptom

  • Simptom yang berlaku buat kali pertama pada pertengahan atau lanjut usia
  • Simptom yang berlarutan melebihi tempoh 7 hari
  • Sakit perut sebelum atau selepas makan
  • Rasa kenyang, kembung atau angin secara berulang
  • Loya atau muntah - khususnya jika mengandungi darah merah cerah atau kepingan perang gelap di dalamnya
  • Sakit atau kesukaran menelan
  • Kehilangan selera berterusan/ penurunan berat badan berterusan yang tidak diketahui puncanya
  • Cirit-birit, sembelit atau sebarang perubahan dalam amalan membuang air besar
  • Perubahan pada najis (pergerakan usus) terutamanya jika ia menjadi hitam, merah gelap, pucat atau mengandungi mukus (lendir)
  • Pendarahan atau kesakitan apabila anda membuang air besar
  • Umumnya rasa letih, lesu atau kurang sihat yang dikaitkan dengan sebarang simptom abdomen
Produk ini mengandungi sejumlah kecil calcium and sodium. Jika anda disyorkan diet rendah calcium and sodium, dan/atau anda pernah mengalami penyakit buah pinggang atau sakit jantung, sila berunding dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat.
Share: