Punca ketidakhadaman & simptom

Kebanyakan orang akan mengalami ketidakhdaman dalam hidup mereka. Istilah "ketidakhdaman" merangkumi pelbagai simptom penghadaman dan merupakan masalah umum yang dialami ramai orang, biasanya selepas makan atau minum. Ia disebabkan asid yang menguraikan lapisan perlindungan pada dinding perut, yang menyebabkan kepedihan dan kesakitan.

 

Simptom

Sakit mungkin dirasai di dada atau bahagian atas perut. Bagaimanapun, ramai orang mengadu terasa 'kembung' atau terlalu kenyang dan 'berangin' - rasa seperti ingin sendawa, meluahkan atau banyak kentut. Anda mungkin mengalami loya atau muntah-muntah dan kehilangan selera makan.

Punca

Pedih hulu hati dan ketidakhadaman biasanya mempunyai pencetus sama.

 

Cara Anda Makan
  • Makan berlebihan boleh menyebabkan perut menghasilkan terlalu banyak asid. Mengisi perut secara 'berlebihan' juga boleh mewujudkan tekanan dan menyebabkan asid terlepas daripada perut.
  • Makan tidak tetap waktu atau terlalu cepat boleh menyebabkan paras asid tidak dapat disesuaikan dalam jangka masa yang pendek.
  • Makan sambil bergerak atau sebelum tidur boleh memudahkan asid mengalir kembali ke dalam esofagus (saluran makanan).

 

Jenis Makanan yang Anda Makan
  • Makanan berlemak biasanya kekal di dalam perut anda lebih lama kerana lemak dihadamkan dengan lebih perlahan.
  • Makanan seperti coklat dan pudina mungkin mempunyai kesan pengendur terhadap sfinkter (gelang otot) di pintu masuk perut yang meyebabkan asid mengalir kembali ke dalam esofagus.
  • Makanan pedas berempah, bawang dan produk tomato.

 

Jenis Minuman yang Anda Minum
  • Minuman berkafein dan alkohol lazimnya meningkatkan keasidan dalam perut anda.
  • Minuman sangat panas dan jus sitrus juga mungkin menjadi pencetus.

 

Kehamilan
  • Perubahan hormon semasa hamil.
  • Bayi dalam kandungan boleh meningkatkan tekanan terhadap saluran penghadaman ibu secara fizikal.
  • Dapatkan maklumat lanjut

 

Pencetus lain yang diketahui termasuk
  • Tekanan
  • Sesetengah ubat seperti ubat untuk masalah jantung, asma dan tekanan darah tinggi
  • Berat badan berlebihan.
  • Memakai pakaian ketat yang boleh memberi tekanan terhadap perut.
  • Merokok boleh menggalakkan penghasilan asid dan menyebabkan sfinkter untuk mengendur.

 

Ramai orang boleh mengenal pasti simptom dan mengambil tindakan dengan sewajarnya, tetapi jika anda mengalami kesakitan yang kerap atau mempunyai sebarang pertanyaan, patutlah berunduing dengan doktor anda.

Tahukah anda?

  • 73% orang akan mengalami pedih hulu hati dan ketidakhadaman, secara bersilih ganti.
  • 1 daripada 5 orang yang mempunyai masalah pedih hulu hati mungkin mengalami simptom setiap minggu.
Share: