Punca pedih hulu hati & simptom

Pedih hulu hati atau kadangkala dirujuk sebagai refluks asid, ialah keadaan umum yang dialami ramai orang. Ia berlaku apabila asid, yang biasanya kekal di dalam perut, mengalir kembali ke dalam esofagus (saluran makanan). Esofagus tidak dilindungi dengan sempurna, justeru asid daripada perut boleh menyakitkan lapisan esofagus yang mungkin berlarutan selama beberapa minit atau beberapa jam.

 

Simptom

Simptom pedih hulu hati (refluks asid) lazimnya digambarkan sebagai rasa semakin ketat atau rasa pedih di belakang tekak dan bahagian dada (biasanya di belakang tulang dada). Sesetengah orang juga mengalami rasa pahit atau masam di belakang tekak dan rasa loya.

 

Punca

Pedih hulu hati dan ketidakhadaman mungkin mempunyai pencetus sama.

 

Cara Anda Makan
  • Makan berlebihan boleh menyebabkan perut menghasilkan terlalu banyak asid. Mengisi perut secara 'berlebihan' juga boleh mewujudkan tekanan dan menyebabkan asid terlepas daripada perut.
  • Makan tidak tetap waktu atau terlalu cepat boleh menyebabkan paras asid tidak dapat disesuaikan dalam jangka masa yang pendek.
  • Makan sambil bergerak atau sebelum tidur boleh memudahkan asid untukmengalir kembali ke dalam esofagus (saluran makanan).

 

Jenis Makanan yang Anda Makan
  • Makanan berlemak kekal di dalam perut anda untuk tempoh lebih lama kerana lemak dihadamkan dengan lebih perlahan.
  • Makanan seperti coklat dan pudina mungkin mempunyai kesan pengendur terhadap sfinkter (gelang otot) di pintu masuk perut yang menyebabkan asid mengalir kembali ke dalam esofagus.
  • Makanan pedas berempah, bawang dan produk tomato.

 

Jenis Minuman yang Anda Minum
  • Minuman berkafein dan alkohol biasanya meningkatkan keasidan perut anda
  • Minuman sangat panas dan jus sitrus juga mungkin menjadi pencetus.

 

Kehamilan
  • Perubahan hormon semasa hamil.
  • Bayi dalam kandungan boleh meningkatkan tekanan terhadap saluran penghadaman ibu secara fizikal.
  • Dapatkan maklumat lanjut..

 

Pencetus lain yang diketahui termasuk
  • Tekanan.
  • Sesetengah ubat, seperti ubat untuk masalah jantung, asma dan tekanan darah tinggi.
  • Berat badan berlebihan.
  • Memakai pakaian ketat yang boleh memberi tekanan ke atas perut.
  • Merokok boleh menggalakkan penghasilan asid dan menyebabkan sfinkter untuk mengendur.

 

Ramai orang boleh mengenal pasti simptom dan mengambil tindakan dengan sewajarnya, tetapi jika anda mengalami kesakitan yang kerap atau mempunyai sebarang pertanyaan, patutlah berunduing dengan doktor anda.

Tahukah anda?

  • 73% orang akan mengalami pedih hulu hati dan ketidakhadaman, secara bersilih ganti.
  • 1 daripada 5 orang yang mempunyai masalah pedih hulu hati mungkin mengalami simptom setiap minggu.
Share: