Sebab & Simptom Ketidakhadaman

Ketidakhadaman

Ketidakhadaman merupakan keadaan biasa yang akan dialami oleh kebanyakan orang pada satu-satu masa dalam hidup mereka. Walaupun ia tidak semestinya serius dan boleh dirawat sendiri, ia boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Dalam artikel ini anda akan mendapat panduan Gaviscon yang komprehensif berkaitan ketidakhadaman, termasuk :

  • Apakah ketidakhadaman?
  • Simptom ketidakhadaman
  • Penyebab ketidakhadaman
  • Rawatan ketidakhadaman
  • Bila perlu berjumpa doktor

Apakah Ketidakhadaman?

Ketidakhadaman atau dispepsia adalah istilah umum untuk sakit perut atau ketidakselesaan. Istilah ini merangkumi pelbagai simptom penghadaman dan merupakan masalah biasa yang memberi kesan kepada ramai orang, kebiasaannya selepas makan atau minum. Ia disebabkan oleh asid yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut yang membawa kepada kerengsaan dan kesakitan.

Simptom Ketidakhadaman

Ketidakhadaman kebiasaannya berlaku sejurus selepas makan, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan. Antara simptom ketidakhadaman yang paling biasa termasuk:[1]

  • Rasa pedih dalam perut serta bahagian atas abdomen
  • Sakit abdominal
  • Kembung, atau rasa terlalu kenyang
  • Rasa seperti hendak sendawa, sendawa dengan kuat atau kentut
  • Loya atau muntah
  • Rasa berasid dalam mulut
  • Pedih ulu hati
  • Hilang selera makan

Penyebab Ketidakhadaman

Ketidakhadaman adalah hasil daripada perut yang menghasilkan asid perut yang berlebihan, yang kemudiannya merengsa  lapisan perut.1 Terdapat banyak sebab mengapa anda mungkin mengalami ketidakhadaman, namun kebanyakannya adalah berkaitan dengan pemakanan. Berikut adalah beberapa penyebab paling biasa ketidakhadaman:

Cara anda makan

  • Makan hidangan yang besar boleh menyebabkan perut anda menghasilkan asid berlebihan. Terlebih mengisi perut secara fizikal  boleh memberi tekanan dan menyebabkan asid terlepas naik ke dalam esofagus
  • Makan secara tidak teratur atau terlalu cepat boleh menyebabkan tahap asid dalam perut tidak mempunyai masa untuk dilaraskan
  • Makan tergesa-gesa atau sejurus sebelum tidur memudahkan asid untuk bergerak naik semula ke dalam esofagus (salur makan)

Jenis makanan yang anda makan

  • Makanan berlemak cenderung untuk berada dalam perut lebih lama kerana lemak dihadamkan dengan lebih perlahan
  • Makanan seperti coklat dan pudina mungkin mempunyai kesan mengendur terhadap sfinkter (gegelang otot) di laluan masuk ke perut yang membolehkan asid untuk bergerak naik semula ke atas ke dalam esofagus
  • Makanan pedas, bawang dan produk tomato

Jenis minuman yang anda minum

  • Minuman berkafein dan alkohol cenderung untuk meningkatkan keasidan dalam perut anda
  • Minuman yang sangat panas dan jus sitrus mungkin juga menjadi penyebab

Kehamilan

  • Perubahan hormon semasa kehamilan
  • Bayi memberikan tekanan secara fizikal kepada salur penghadaman ibu

Penyebab lain yang diketahui umum

Dalam beberapa kes, ketidakhadaman berkemungkinan disebabkan atau akan menjadi lebih teruk oleh faktor lain seperti :

  • Stres, kemurungan atau kerisauan
  • Keletihan
  • Ubat-ubatan tertentu, seperti untuk masalah jantung, asma dan tekanan darah tinggi
  • Mempunyai berat badan berlebihan boleh meningkatkan kemungkinan untuk mengalami ketidakhadaman
  • Memakai pakaian ketat boleh memberikan tekanan terhadap perut
  • Merokok boleh menggalakkan penghasilan asid dan menyebabkan sfinkter untuk mengendur

Pedih ulu hati dan ketidakhadaman cenderung untuk mempunyai penyebab yang sama, dan kebiasaannya akan berlaku seiring. Memandangkan penyebabnya adalah sama, rawatan pedih ulu hati dan ketidakhadaman  kebiasaannya adalah juga sama seperti yang boleh diketahui dengan lebih lanjut di sini.

Rawatan Ketidakhadaman

Rawatan untuk ketidakhadaman akan bergantung kepada penyebab masalah tersebut dan seteruk mana simptomnya. Memandangkan ketidakhadaman adalah disebabkan oleh asid berlebihan yang dihasilkan oleh perut, meneutralkan asid tersebut sepatutnya dapat membantu melegakan simptom.

Dalam kebanyakan kes, anda sepatutnya boleh mengurus ketidakhadaman anda dengan membuat beberapa perubahan mudah terhadap pemakanan dan gaya hidup. Berikut adalah petua-petua bantu diri yang boleh membantu untuk mengelakkan / menguruskan simptom-simptom ketidakhadaman: [2]

  • Elakkan atau kurangkan makanan yang pedas, berlemak atau lazat yang terlalu banyak
  • Makan pemakanan yang seimbang dan lakukan senaman berkala untuk mengekalkan berat badan yang sihat
  • Elakkan atau kurangkan minuman berkafein dan beralkohol
  • Minum banyak air selepas makan, dan bukannya semasa makan
  • Elakkan makan sekurang-kurangnya tiga (3) jam sebelum waktu tidur
  • Dapatkan rehat yang lebih
  • Berhenti merokok
  • Cuba kurangkan berat badan jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan
  • Elakkan mengunyah dengan mulut terbuka, bercakap semasa mengunyah, atau makan terlalu cepat (ini akan menyebabkan anda menelan terlalu banyak udara dan akan membawa kepada ketidakhadaman)[3]
  • Tinggikan kepala dan bahu anda apabila anda tidur – ini dapat membantu mencegah asid perut dari bergerak naik ke dalam esofagus anda semasa anda tidur

Belian ubat-ubatan kaunter

Jika anda mengalami ketidakhadaman dan mencari kelegaan yang cepat, terdapat beberapa ubat- ubatan yang boleh dibeli di kaunter yang boleh membantu melegakan simptom anda:

  • Gaviscon Double Action Liquids meneutralkan dengan cepat asid perut berlebihan dengan membentuk satu lapisan pelindungan terhadap kandungan isi perut yang boleh mencegah asid dari bergerak naik semula ke dalam esofagus (salur makanan).Ia boleh didapati dalam bentuk tablet dan uncang cecair, serta memberi kelegaan pada pedih ulu hati juga. Ianya sesuai untuk diambil semasa kehamilan.
  • Jika anda mengalami ketidakhadaman yang lebih teruk, Gaviscon Advance Liquids adalah formula yang lebih kuat, membentuk benteng yang lebih berdaya tahan serta memberikan kelegaan pada pedih ulu hati dan refluks batuk juga. Ia sesuai untuk diambil semasa kehamilan tetapi hanya boleh didapati di farmasi.
  • Jika ketidakhadaman anda berterusan dan berulang, anda perlu membuat janji temu dengan pengamal perubatan am anda yang boleh memberikan preskripsi ubat-ubatan jenis lain.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Ada kalanya, ketidakhadaman berkemungkinan menjadi petanda kepada sesuatu yang lebih serius. Dapatkan nasihat perubatan jika anda mengalami :[4]

  • Ketidakhadaman kronik
  • Ketidakhadaman yang teruk atau yang semakin teruk
  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • Muntah yang berpanjangan lebih lama dari beberapa hari
  • Darah dalam muntah atau najis
  • Sakit di sebelah kanan abdomen
  • Mempunyai kesukaran untuk menelan (disfagia)
  • Merasa seperti ada gumpalan dalam perut
  • Refluks asid (ini mungkin petanda kepada penyakit refluks gastro-esofageal)
  • Jika anda merasa stres, kemurungan atau kerisauan tentang sesuatu, berbincang dengan doktor anda tentang teknik kendalian atau rawatan sedia ada yang sesuai (memandangkan stres dan kerisauan boleh menyumbang pada ketidakhadaman)
  • Ketidakhadaman kebiasaannya akan turut disertai dengan pedih ulu hati yang akan menunjukkan dengan jelas rasa seperti sakit dada, namun jika ketidakhadaman diikuti dengan sesak nafas, berpeluh atau sakit di bahagian rahang, leher atau lengan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Jika anda berjumpa dengan doktor anda berkaitan ketidakhadaman anda, maklumkan secara spesifik di mana anda merasa sakit dan kembung. Ketidakhadaman merupakan satu istilah yang luas, maka jika anda lebih spesifik, doktor anda akan dapat membantu dan memberi diagnosis dengan lebih cepat dan tepat keadaan yang menyebabkannya berlaku.

MAL 09042414XR, MAL 09032031X

Ini iklan produk ubat | KKLIU 0605/2018

 

 

[1] http://www.nhs.uk/conditions/Indigestion/Pages/Introduction.aspx

[2] http://www.nhs.uk/Conditions/Indigestion/Pages/Introduction.aspx#Treatment

[3] http://www.webmd.com/heartburn-gerd/indigestion-overview#2

[4] http://www.nhs.uk/Conditions/Indigestion/Pages/Introduction.aspx#