Tabiat Pemakanan Semasa Musim Perayaan

Tabiat Pemakanan Semasa Waktu Perayaan

 

Musim perayaan adalah waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan anda, menikmati waktu bersama dan memanjakan diri dengan makanan dan minuman enak yang banyak. Menjelangnya waktu ini amat sinonim dengan musim makan secara berlebihan, menjadikannya salah satu masa yang sukar untuk berpegang kepada rancangan pemakanan yang sihat.

 

Kebanyakan orang makan berlebihan pada masa ini, sama ada pada lewat malam ketika anda keluar dan berparti bersama rakan-rakan anda, minuman berkarbonat tanpa henti untuk merayakan atau terlalu banyak makanan berat yang lazat. Semua ini akan menyebabkan badan anda merasa sedikit lunyai di penghujung musim tersebut.

 

Walaupun ianya menyelerakan untuk makan coklat semasa sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam semasa musim perayaan, ia bukanlah pilihan yang sihat dan sejumlah makanan yang tidak sepatutnya dalam sebulan atau dua dan ditambah pula dengan alkohol yang terlalu banyak serta senaman yang kurang boleh menyebabkan kita mengalami kesan pedih ulu hati dan ketidakhadaman yang teruk.

 

Ini bukan bermakna anda perlu berhenti makan sepenuhnya,  tidak salah untuk menikmati apa yang kita makan secara sederhana, terutamanya ketika musim perayaan, namun jika anda mengalami simptom-simptom  pedih ulu hati dan ketidakhadaman, ianya amat bermanfaat untuk anda membaca petua-petua kami bagi membantu anda mengimbangi sedikit apa yang anda makan.

 

  • Cuba tukar sedikit makanan anda jika boleh. Contoh yang mudah ialah menukar minuman berkarbonat dengan yang biasa kerana gas-gas dalam karbonat yang mengembang dalam perut anda menyumbang kepada sakit pedih ulu hati dan refluks asid[1].

 

  • Pastikan diri anda kekal hidrat dengan meminum air yang banyak sepanjang hari. Meminum air membantu mengelakkan rasa keinginan pada makanan dan ianya membantu anda untuk rasa lebih kenyang serta menghentikan anda dari makan berlebihan.

 

  • Pastikan anda bersarapan pagi - tetapi ringan - bukan sarapan yang berat, jadi tinggalkan pastri dan minuman berkarbonat. Sebaliknya, ambil sarapan yang, ringan tetapi sihat serta mengenyangkan; buah-buahan yang segar atau salmon salai dan telur masak hancur jika anda masih mahukan sesuatu yang istimewa sebagai contoh. Ini adalah penting kerana ianya membantu anda untuk tidak makan berlebihan kemudian nanti dan pada masa yang sama memberikan tenaga yang anda perlukan untuk mengharungi hari yang sibuk.

 

  • Keluar berjalan-jalan bersama keluarga selepas menikmati makan malam Krismas kerana ini akan membantu makanan dihadamkan dan memberikan anda sedikit senaman ringan di hari santai. Berada di luar juga bermakna anda tidak akan tergoda untuk memakan snek secara berlebihan semasa menonton televisyen.

 

  • Pastikan tetamu anda pulang bersama lebihan makanan daripada parti atau majlis - dengan cara ini, tiada makanan yang tinggal kemudian nanti yang akan menggoda anda untuk bersnek.

 

  • Makan snek ringan tetapi sihat sebelum pergi ke mana-mana parti supaya anda tidak berasa lapar apabila anda tiba. Juga, ketika anda di parti, cuba untuk tidak berada berdekatan dengan makanan atau meja bufet kerana anda akan tergoda untuk mengambilnya. Satu lagi petua ialah cuba jauhkan diri dari mangkuk kerepek atau coklat di dalam bilik tersebut atas sebab yang sama.

 

  • Berhati-hati dengan apa yang anda makan sepanjang hari dan malam serta cuba untuk tidak makan dengan mengikut perasaan. Satu cara yang baik untuk membantu anda ialah dengan memakan makanan Krismas anda menggunakan tangan yang bertentangan dengan yang biasa anda gunakan. Kejanggalan akan membuat anda lebih berhati-hati dengan apa yang anda lakukan dan ia bermakna anda akan lebih berjaga-jaga dengan jumlah yang anda makan. Anda juga perlu cuba untuk mengambil berat akan apa yang badan anda perlukan sebenarnya, jika anda tidak lapar, maka berhenti makan.

 

  • Berhati-hati apa yang anda minum. Alkohol dipenuhi dengan kalori tanpa nilai nutrisi dan ia akan membuatkan anda lebih lapar dan boleh melemahkan keazaman anda - bukan satu kombinasi yang baik jika anda cuba untuk tidak makan berlebihan[2]. Petua yang baik untuk masalah ini ialah menambahkan ais bagi mencairkan sedikit minuman dan sebaiknya, cuba pilih minuman kurang beralkohol untuk mengurangkan jumlah kalori.

 

Sudah tentu ianya sukar untuk mengawal diri anda ketika berada bersama makanan yang lazat tetapi dengan petua-petua ini, anda sepatutnya mampu untuk mengurangkan beberapa kalori dan mengurangkan kemungkinan untuk mengalami pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Kenapa tidak mencuba pada tahun ini?

 

 

 

 

[1] http://www.health.com/health/gallery/0,,20443643,00.html#soda-2

[2] http://www.express.co.uk/life-style/health/542417/Healthy-Christmas-your-health