Terlebih Makan Sepanjang Hidup Kita

Terlebih Makan Sepanjang Hidup Kita

 

Tanpa makanan, kita tidak mampu untuk meneruskan hidup. Ia memberikan kita tenaga untuk melakukan banyak perkara dan membolehkan kita membekalkan badan kita dengan vitamin dan nutrien yang diperlukan untuk membesar dan memperbaiki; namun tidak dinafikan ramai di antara kita yang memerlukan makanan atas sebab selain sebagai tenaga.

Dengan hidangan makanan yang melimpah ruah, manis dan menyelerakan, semestinya kita makan ketika kita lapar tetapi kita juga makan jika kita gembira, sedih, kita makan untuk meraikan sesuatu dan kita makan di saat kita memerlukan.

Makanan merupakan sebahagian besar daripada kehidupan kita, namun ada kalanya kita boleh melampaui batas. Makan secara berlebihan boleh menjadi pengalaman yang hebat pada deria rasa tetapi tidak pada sistem penghadaman kita kerana ia perlu bekerja keras untuk memecahkan nutrien dan menyalurkannya ke seluruh badan. Adakah anda berasa tidak bermaya apabila anda mula makan terlalu banyak? Ini kerana sistem saraf anda memberitahu badan anda untuk memperlahankan dan fokus untuk menghadamkan makanan[1].

Makan secara berlebihan juga boleh menyebabkan pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Lebih banyak kita makan, lebih banyak asid perut diperlukan untuk menghadamkannya dan dengan kehadiran lebih banyak asid perut, ada kemungkinan untuk ia bergerak naik ke dalam esofagus dan menyebabkan rasa pedih di dada - pedih ulu hati. Bilakah masanya anda paling kerap terlebih makan? Berikut adalah beberapa peringatan.

Musim Perayaan

Musim perayaan merupakan waktu singkat setahun sekali di mana ramai dalam kalangan kita melihatnya sebagai lampu hijau untuk melampaui batas ketika mengambil makanan dan minuman. Kita ternanti-nanti sepanjang tahun peluang untuk menikmati beberapa jenis makanan tertentu, maka apabila tersedia di depan mata kita merasakan kita perlu menikmati makanan tersebut sepuasnya.  Ramai antara kita merasakan musim perayaan adalah masa untuk mengambil peluang sekali setahun di mana tiada siapa peduli jika anda makan pencuci mulut semasa sarapan dan makanan ringan sepanjang hari.

Hari Lahir

Ia adalah hari di mana segalanya adalah tentang anda, hari lahir anda! Terdapat sarapan pagi yang mewah dan kek untuk dinikmati sepanjang hari, namun berhati-hati untuk tidak makan terlalu banyak kerana anda berisiko untuk mendapat pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Jangan biarkan ia merosakkan hari anda, fikir betul-betul apa yang anda mahu makan dan berapa banyak yang anda mahukan serta berhati-hati agar tidak terlebih makan.

Keraian

Terdapat banyak sebab untuk meraikan sesuatu dalam kehidupan, sama ada meraikan sesuatu berkaitan diri kita sendiri atau orang tersayang. Mungkin ia adalah perkahwinan, rumah baru atau kelahiran orang baru dalam keluarga; ini semua merupakan saat-saat gembira dalam hidup dan kita ingin berkongsi detik-detik bahagia kita dengan orang lain. Satu peristiwa penting memerlukan keraian, dan keraian kebiasaannya disertakan dengan banyak makanan yang enak.

Patah Hati

Keadaan yang sama bila kita sedih, kita makan. Patah hati boleh menjadi saat yang menyakitkan dalam hidup sesiapa sahaja dan walaupun anda mungkin tidak bersedia untuk bercakap dengan sesiapa, makanan kegemaran anda akan sentiasa menenangkan anda dalam melalui saat-saat sukar anda. Walaupun menikmati sebekas besar ais krim sebaik sahaja anda melalui saat perpisahan tidak akan memudaratkan, namun jangan biarkan makan makanan yang menenangkan itu menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian anda.

Itulah dia! Ia merupakan beberapa contoh keadaan yang berbeza sahaja, namun sama ada ia merupakan saat gembira atau saat sedih, makanan akan sentiasa ada untuk membantu anda mengharunginya – seperti mana Gaviscon Double Action untuk kelegaan pedih ulu hati semasa melalui beberapa keadaan yang anda dapati anda sudah terlebih makan dan mengalami pedih ulu hati. Sesuai untuk 12 tahun ke atas. Baca label sentiasa.

MAL 09042414XR, MAL 09032031X

Ini iklan produk ubat | KKLIU 0605/2018

 

 

 

 

 

[1] http://www.independent.co.uk/life-style/health-and-families/features/what-happens-when-you-eat-too-much-overeating-excess-biology-body-a6792081.html#gallery