Soalan Lazim

1. Apakah alginate?

Alginate ialah komponen yang diekstrak daripada rumpai air laut perang.

2. Apakah antasid?

Sejenis ubat yang bersifat alkali secara semula jadi dan berfungsi meneutralkan asid berlebihan

3. Adakah Gaviscon sesuai untuk digunakan semasa hamil?

Banyak produk dalam rangkaian Gaviscon sesuai untuk digunakan semasa hamil dan menyusukan bayi. Ini termasuk Gaviscon Original dan Gaviscon Double Action dalam bentuk cecair dan pil. Ini kerana ia bertindak secara fizikal dan tidak menyerap ke dalam saluran darah.

Ubat boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Sentiasa berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil sebarang ubat semasa hamil.

 

4. Adakah Gaviscon sesuai untuk kanak-kanak?

Gaviscon Original dan Gaviscon Double Action sesuai untuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas. Gaviscon Original juga sesuai bagi kanak-kanak antara usia 6 hingga 12 tahun. Bagi kanak-kanak berusia di bawah 6 tahun, sebarang ubat hanya patut diberikan berasaskan nasihat perubatan seperti mana-mana ubat-ubatan yang lain.

5. Bolehkah anda mengalami kedua-dua pedih hulu hati dan ketidakhadaman?

Ya, anda boleh mengalami kedua-dua simptom. Malah, 73% orang akan mengalami pedih hulu hati dan ketidakhadaman secara bersilih-ganti. Gaviscon Double Action disyorkan untuk merawat dua simptom ini.

6. Apakah refluks Gastro-esofagus?

Pergerakan asid perut kembali ke dalam esofagus.

7. Apakah penyakit refluks gastro-esophageal (GERD)?

Ia merupakan keadaan yang disebabkan oleh refluks gastro-esophageal. Simptomnya termasuk pedih hulu hati dan regurgitasi. Ia sering dikaitkan dengan kelemahan otot yang mengawal kemasukan makanan dalam perut.