Langkau ke kandungan halaman

Sepanjang kehamilan, ada banyak perubahan yang berlaku ke atas badan anda - yang ketara dan tidak ketara. Makanan yang menjadi kegemaran anda sebelum ini mungkin sekarang membuatkan anda loya dan aktiviti yang anda rasa menyeronokkan mungkin sekarang anda rasa mustahil.

Pedih ulu hati dan ketidakhadaman merupakan sesuatu yang dialami oleh ramai wanita hamil, jadi kami bertanya empat (4) orang wanita, apa yang mereka dapati paling sukar semasa hamil berkaitan asid perut yang sukar dikawal.

“Pedih ulu hati dan refluks asid bukan merupakan salah satu perkara yang menyeronokkan dan indah terjadi pada badan anda bila hamil. Rahim anda membesar dan menekan perut anda sehingga asid perut anda ditolak naik ke atas.

Saya mengalami pedih ulu hati sepanjang kedua-dua kehamilan saya dan pada kehamilan pertama saya berjumpa doktor mengenainya dan ianya menyebabkan saya tidur menegak untuk sebulan setengah terakhir kehamilan saya.

Semasa kehamilan kedua, saya lebih bersedia. Saya mula makan lebih sedikit dan lebih teratur. Saya makan lebih perlahan dan sentiasa memakai pakaian yang longgar. Satu perkara, ianya lebih mudah untuk bertahan berbanding kali pertama!

Jika anda hamil dan mengalami pedih ulu hati, jangan biarkan ia mengecewakan dan merosakkan masa kehamilan anda. Ada banyak cara untuk melawannya dan banyak ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter yang selamat untuk wanita hamil.”

Catherine; Ibu Dua Anak; 35

"Saya tidak mahu memberitahu orang ramai tentang apa yang sepatutnya dan tidak sepatutnya dimakan ketika mereka hamil dan mengalami pedih ulu hati atau ketidakhadaman tetapi apa yang membantu saya adalah dengan menghindari perkara berikut:

  • Teh & Kopi
  • Coklat
  • Air Berkarbonat
  • Makanan Bergoreng, Berlemak & Pedas
  • Tomato & Biji Sawi (Mustard)
  • Buah-buahan & Minuman Sitrus

Saya tahu ia nampak seperti anda perlu menghindari banyak perkara tetapi sejujurnya saya berasa lebih baik apabila saya menyedari bahawa ianya adalah sebahagian daripada penyebab utama pedih ulu hati dan ketidakhadaman - walaupun pada mereka yang tidak hamil! Mungkin hanya satu atau dua dari perkara tersebut adalah penyebab kepada pedih ulu hati anda tetapi saya rasa ianya lebih baik untuk kita mengambil langkah selamat dari menanggung akibatnya .”

Julie; Ibu Satu Anak; 28

“Semasa saya mengalami pedih ulu hati semasa hamil, saya ingat ia adalah rasa sakit paling teruk yang saya akan alami - sehingga sampai waktu untuk saya melahirkan. Ia mengambil masa beberapa minggu untuk saya menyedari bahawa saya boleh mengambil ubat untuk membantu melegakannya dan beberapa minggu selepas itu, saya menyedari sebenarnya ada cara untuk mencegahnya juga.

Mengelakkan beberapa jenis makanan dan minuman, semestinya adalah langkah besar untuk saya mencegah pedih ulu hati. Saya juga mendapati bahawa jika saya melewatkan antara waktu makan dan berbaring, saya berkemungkinan tidak akan mengalaminya. Walaupun, saya mengaku, ada kalanya saya tidak mengikut peraturan ini.

Apabila anda berbaring, lebih mudah untuk asid perut anda bergerak naik semula ke dalam esofagus, yang mana ia adalah penyebab rasa sakit. Nasihat saya adalah biarkan graviti melakukan kerjanya dan anda cuba duduk tegak selama yang boleh selepas makan.”

Patricia; Ibu Dua Anak; 33

Pertimbangkan belian ubat di kaunter

Jika anda hamil dan anda mengalami pedih ulu hati, maka anda tidak perlu meneruskannya. Semestinya, jika anda tidak pasti, maka adalah lebih baik untuk berjumpa doktor atau pengamal perubatan am anda tetapi anda boleh mencuba pilihan ubat di kaunter dengan menghubungi penyedia perkhidmatan kesihatan. Sekiranya gejala teruk atau berpanjangan, anda harus berjumpa doktor atau ahli farmasi.

* Artikel ini bertujuan untuk tujuan pendidikan. Semua maklumat yang disampaikan tidak dimaksudkan untuk mendiagnosis atau menetapkan.

Artikel diterbitkan 25 Mac 2021