Gaviscon Double Action
Untuk pedih ulu hati dan ketidakhadaman
Kelegaan cepat dalam 4 minit1
Kekal selama 4 jam2
Ke Produk

Refluks asid merupakan rasa terbakar yang anda alami di dalam tekak dan dada. Ia disebabkan asid perut yang bergerak ke atas.
Refluks asid berlaku sebelum tidur, semasa anda baring, kerana tidak banyak tenaga diperlukan untuk asid perut bergerak ke arah dada dan tekak.
Asid perut membantu kita mencernakan makanan. Bagaimanapun, semakin kita meningkat usia, badan kita semakin kurang berupaya untuk mengekang asid perut daripada bergerak naik. Sebab itulah anda lebih berkemungkinan untuk mengalaminya setelah lebih berusia, walaupun ia juga boleh berlaku kepada orang muda.
Dalam kebanyakan kes, refluks asid adalah tindak balas semula jadi apabila asid perut mengganggu esofagus yang tidak terlindung.
Terlebih berat badan juga menambahkan tekanan ke atas perut, menyebabkan injap sfinkter esofagus terbuka selepas makan.
Tetapi, penyebab utamanya? Tekanan perasaan, yang boleh menyebabkan gejala-gejala menjadi lebih teruk. Ini kerana tekanan menggunakan bekalan prostaglandin kita, yang melindungi perut daripada asid. Cuba tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam untuk mengurangkan tekanan.
Kita tahu betapa mengganggunya refluks asid, disebabkan itulah rangkaian produk kami dirumus untuk mengelakkan ketidakselesaan. Produk-produk kami membentuk lapisan perlindungan yang mengekang asid—dan pelbagai penceroboh lain seperti pepsin dan hempedu—daripada naik ke esofagus.
Rumusan likat yang merupakan bahan utama rangkaian kami (Gaviscon Peppermint, Advance, dan Double Action) ialah natrium alginate, serta antacid.
Dengan kedua-duanya, Gaviscon menawarkan kelegaan menyamankan, yang membantu anda meneruskan kehidupan sehari-hari.
Dos: Ambil 10–20ml (dua ke empat 5ml) sudu Gaviscon Peppermint atau Double Action, atau 5–10ml sudu Gaviscon Advance, selepas makan dan sebelum tidur.
Semua maklumat yang diberikan di sini tidak dimaksudkan sebagai diagnoses atau preskripsi. Jika gejala menjadi teruk atau berpanjangan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi. Sentiasa baca label yang tertera.
Untuk pedih ulu hati dan ketidakhadaman
Kelegaan cepat dalam 4 minit1
Kekal selama 4 jam2
Ke Produk
Untuk pedih ulu hati
Kelegaan cepat dalam 4 minit1
Kekal selama 4 jam2
Ke Produk
Formulasi berkekuatan ekstra untuk pedih ulu hati
Kelegaan cepat dalam 4 minit1
Kekal selama 4 jam2
Ke Produk
1.Hanya berkenaan dengan Gaviscon Original (Sachet) dan Gaviscon Double Action (Bottle & Sachet)
2.Hanya berkenaan dengan Gaviscon Original (Bottle & Sachet), Gaviscon Double Action (Bottle & Sachet) dan Gaviscon Advance

