Langkau ke kandungan halaman

Pedih ulu hati adalah salah satu simptom dan merupakan sesuatu yang biasa semasa kehamilan, sebahagiannya disebabkan oleh perubahan hormon dalam trimester pertama dan rahim yang membesar memberi tekanan terhadap perut apabila bayi membesar.

Selain itu, pedih ulu hati boleh juga disebabkan oleh gaya hidup dan tabiat pemakanan. Dengan membuat perubahan pada gaya hidup dan pemakanan, anda akan dapat mengelakkan penyebab pedih ulu hati, dan menangani sakit dan rasa tidak selesa pedih hulu hati dengan lebih baik.

Anda berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah ketidakhadaman dan pedih ulu hati semasa kehamilan jika:

  • Ini bukanlah kehamilan pertama anda
  • Anda telah mengalami ketidakhadaman dan pedih ulu hati semasa kehamilan sebelumnya.
  • Anda berada di peringkat akhir kehamilan (dari minggu 27 dan seterusnya [1])

Simptom-simptom pedih ulu hati semasa kehamilan

Simptom utama pedih ulu hati adalah rasa sakit atau rasa tidak selesa dalam dada anda (biasanya di belakang tulang dada) - sama seperti jika anda tidak hamil. Simptom-simptom adalah paling kerap dirasai sejurus selepas minum atau makan, namun ada kalanya terdapat kelewatan antara memakan hidangan dan mengalami ketidakhadaman.

Anda mungkin mengalami pedih ulu hati pada bila-bila masa semasa kehamilan anda, walaupun simptom-simptom anda mungkin lebih kerap dan teruk semasa peringkat akhir kehamilan, dari minggu 27 dan seterusnya1. Seperti mana sakit di bahagian atas abdomen, pedih ulu hati boleh menyebabkan perkara berikut:

  • Kesukaran untuk menelan
  • Rasa pedih di dada atau tekak
  • Rasa ketat di dada atau tekak
  • Sakit tekak

Bilakah anda perlu mendapatkan bantuan perubatan?

Pedih ulu hati adalah sesuatu yang sangat biasa, namun ada kalanya boleh menjadi simptom keadaan yang lebih serius, seperti ulser perut.

Jika pedih ulu hati anda berterusan atau anda merasa bimbang mengenainya, anda mungkin mahu membuat janji temu dengan pengamal perubatan am atau bidan. Simptom-simptom lain yang perlu diberi perhatian yang mana mungkin memerlukan perhatian perubatan lanjutan termasuk:

  • Simptom-simptom yang berlaku untuk kali pertama semasa pertengahan umur atau lebih tua
  • Simptom-simptom yang berterusan lebih dari tujuh (7) hari
  • Sakit abdominal sebelum atau selepas makan
  • Rasa kenyang, kembung atau flatulens yang berpanjangan
  • Loya atau muntah - terutamanya jika ia mempunyai darah merah terang atau titisan warna perang gelap di dalamnya.
  • Hilang selera makan/penurunan berat badan berterusan yang tidak dapat dijelaskan
  • Cirit-birit yang berpanjangan, sembelit atau apa-apa perubahan dalam tabiat buang air besar
  • Perubahan pada najis (pergerakan usus) terutama jika ianya menjadi hitam, merah gelap, pucat atau mempunyai mukus (lendir)
  • Pendarahan atau sakit semasa membuang air besar
  • Umumnya berasa letih, lesu atau tidak sihat yang berkaitan dengan mana-mana simptom-simptom abdominal

Sebab-sebab pedih ulu hati semasa kehamilan

Dua sebab utama pedih ulu hati semasa kehamilan ialah:

  1. Perubahan hormon semasa kehamilan

Lonjakan hormon progesteron menyebabkan otot-otot mengendur. Ianya termasuk sfinkter (gegelang otot) di laluan masuk ke perut.  Apabila otot sfinkter mengendur, asid perut boleh bergerak naik semula ke dalam esofagus (saluran makanan) dan menyebabkan pedih ulu hati.

  1. Perkembangan bayi memberikan tekanan secara fizikal terhadap saluran penghadaman anda.

Semasa peringkat akhir kehamilan. Simptom-simptom boleh disebabkan oleh rahim yang semakin membesar. Apabila bayi membesar, ia secara fizikal akan memberikan tekanan pada saluran penghadaman anda.

Sebab-sebab lain dan penyebab pedih ulu hati semasa kehamilan

Pedih ulu hati cenderung mempunyai penyebab yang sama seperti gaya hidup dan pilihan pemakanan. Pemakanan yang sihat adalah bahagian penting dalam gaya hidup sihat bagi sesiapa sahaja, namun semasa hamil ianya amatlah penting. Berhati-hati dengan apa yang anda makan semasa kehamilan akan membantu bayi anda berkembang dan membesar, serta mengurangkan risiko pedih ulu hati.

Penyebab utama pedih ulu hati yang perlu anda beri perhatian semasa hamil termasuk:1

  • Lada hitam, bawang putih, bawang mentah dan makanan pedas yang lain
  • Coklat
  • Buah dan produk buah sitrus, seperti oren dan jus oren
  • Kopi dan minuman berkafein, termasuk soda
  • Pudina
  • Hidangan besar
  • Makanan berlemak
  • Hidangan lewat malam

Bagaimana untuk menghindari pedih ulu hati semasa hamil

Kini, pelbagai penyebab pedih ulu hati telah dikenal pasti, membuat perubahan kepada gaya hidup dan pemakanan anda adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk membantu mengurangkan risiko mengalami pedih ulu hati semasa mengandung. Berikut adalah beberapa petua untuk mengelakkan ketidakhadaman dan pedih ulu hati:

  • Sentiasa pantau berat badan anda
  • Tiada keperluan untuk "makan untuk dua orang" semasa hamil - makan hidangan yang kecil lebih kerap sepanjang hari
  • Ambil masa untuk makan - kunyah setiap makanan perlahan-lahan, ini akan membantu memecahkan makanan menjadi cebisan yang lebih kecil yang membantu penghadaman
  • Elakkan makan pedas, berasid dan berlemak kerana ini boleh merosakkan lapisan perut dan menyebabkan lebih banyak asid perut dihasilkan.
  • Duduk dalam kedudukan menegak apabila anda makan - jika boleh elakkan berbaring di atas sofa atau katil
  • Longgarkan pakaian atau tali pinggang yang terlalu ketat, pilih pakaian ibu hamil yang longgar
  • Jangan makan lewat atau tergesa-gesa - ambil masa untuk makan
  • Hindarkan dari menggogok cecair, sebaliknya hirup
  • Jika anda cenderung mengalami simptom waktu malam, tinggikan sedikit badan anda di atas katil
  • Kurangkan alkohol, kafein dan air berkarbonat.

Pertimbangkan belian ubat di kaunter

Sekiranya beberapa perubahan gaya hidup ini masih tidak membantu, anda boleh mencuba pilihan ubat di kaunter dengan menghubungi penyedia perkhidmatan kesihatan. Sekiranya gejala teruk atau berpanjangan, anda harus berjumpa doktor atau ahli farmasi.

* Artikel ini bertujuan untuk tujuan pendidikan. Semua maklumat yang disampaikan tidak dimaksudkan untuk mendiagnosis atau menetapkan.

Artikel diterbitkan 25 Mac 2021