Walaupun sedikit stres boleh menjadi sesuatu yang baik dan membantu mendorong anda untuk melakukan sesuatu, kehidupan dan usia pada hari ini boleh menjadi terlalu stres bagi sesetengah orang. Sama ada anda sudah tua atau masih muda, ramai orang merasai kesan akibat stres. Ia boleh disebabkan oleh kesan akibat dari pelbagai insiden atau isu harian yang anda hadapi - apa-apa dari masalah atau perbalahan dengan kawan baik, kebimbangan berkaitan kewangan, mempunyai terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan atau merasa tertekan untuk melakukan yang terbaik di tempat kerja.
Dalam fikiran anda, stres mungkin boleh menyebabkan anda merasa bimbang, resah atau jengkel serta membawa kepada masalah kesihatan mental yang boleh mengganggu kehidupan harian. Ia juga dikaitkan dengan insomnia yang boleh menjadi kitaran yang tidak menyenangkan kerana ia akan memberi kesan kepada yang lain dan sebaliknya - jika anda tidak tidur dengan lena, anda mungkin merasa stres dan jika anda stres, anda mungkin bergelut untuk tidur dengan betul.
Selain bagaimana stres memberi kesan kepada minda, adakah anda tahu bahawa stres juga boleh memberi kesan kepada badan anda? Stres boleh menyebabkan sakit kepala, penuaan pramatang dan keguguran rambut. Perut dan sistem penghadaman juga boleh terjejas disebabkan oleh tahap stres.
Oleh itu, bagaimanakah kesemua stres ini membawa kepada pedih ulu hati dan ketidakhadaman? Hubungan antara stres dan masalah penghadaman bukanlah sesuatu yang jelas tetapi adakah anda tahu stres boleh meningkatkan pengeluaran asid dalam perut anda [1]? Mempunyai tekanan pada perut anda juga adalah penyebab yang besar ketidakhadaman, maka dengan salah satu simptom stres adalah ketegangan otot,[2] ianya mudah untuk melihat hubung kait tersebut.
Sekiranya asid perut yang berlebihan disebabkan oleh mana-mana sebab di atas dapat bergerak naik ke dalam esofagus , anda akan mula merasai sakit pedih ulu hati di kawasan dada anda. Selain itu, stres boleh menjejaskan sistem penghadaman dan apabila makanan tidak dihadamkan dengan betul, jumlah asid juga boleh bertambah.
Sekiranya anda mengalami sakit pedih ulu hati, Gaviscon Double Action akan membantu anda untuk jangka pendek. Sesuai untuk 12 tahun ke atas. Baca label sentiasa. Untuk penyelesaian jangka panjang, belajar cara bagaimana untuk mengurus dan mengurangkan tahap stres anda bukan sahaja akan membantu anda untuk berasa lebih gembira dan berada dalam suasana yang lebih baik, tetapi juga dapat memperbaiki tahap kesihatan anda!
Tidur
Tidur yang lena apabila anda stres adalah amat penting kerana ia merupakan pengurang stres semula jadi [3], namun masalah utamanya adalah stres menyebabkan kesukaran untuk tidur. Jadikan ia semudah mungkin untuk diri anda dengan mewujudkan persekitaran yang selesa untuk tidur. Pastikan bilik anda gelap dan hangat serta berikan diri anda masa yang cukup untuk tidur dengan nyenyak.
Senaman
Selain baik untuk kesihatan dan kesejahteraan anda, aktiviti fizikal telah terbukti mempunyai pelbagai manfaat yang lain dan salah satu daripadanya adalah melegakan stres [4]. Senaman juga membantu meningkatkan tahap endorfin (iaitu hormon yang memberikan rasa baik kepada kita) dan juga memberi kita rasa pencapaian sesuatu. Cari sesuatu yang anda suka lakukan, sama ada berlari di luar, berenang atau yoga.
Makan dengan Baik
Makan dengan baik adalah pertahanan yang hebat terhadap stres kerana ia lebih mudah dilakukan ketika anda sihat. Semasa stres , kita biasanya mencari makanan yang memberi keselesaan tetapi ianya penting untuk memberikan badan anda nutrien yang diperlukan kerana makanan ringan menyebabkan kita berasa lesu [5]. Elakkan makanan berlemak tinggi dan manis, sebaliknya makan buah-buahan, sayur-sayuran dan hidangan yang kaya dengan karbohidrat seperti ubi keledek panggang.
Berbincang dengan seseorang
Menguruskan stres secara bersendirian boleh menjadi sesuatu yang sukar dan berbincang dengan seseorang yang anda percayai dapat memberi perubahan yang besar kepada apa yang anda rasa, sama ada seseorang itu adalah sahabat baik atau pengamal perubatan am. Rawatan berbincang seperti terapi tingkah laku kognitif juga boleh membantu anda memahami corak pemikiran anda, mengenali titik pencetus anda dan mengenal pasti tindakan positif yang boleh anda ambil.
Cuba perubahan gaya hidup yang kecil ini untuk mengurangkan tahap stres anda dan dalam waktu terdekat, mudah-mudahan, anda akan mula melihat kesannya.
Pertimbangkan belian ubat di kaunter
Sekiranya beberapa perubahan gaya hidup ini masih tidak membantu, anda boleh mencuba pilihan ubat di kaunter dengan menghubungi penyedia perkhidmatan kesihatan. Sekiranya gejala teruk atau berpanjangan, anda harus berjumpa doktor atau ahli farmasi.
* Artikel ini bertujuan untuk tujuan pendidikan. Semua maklumat yang disampaikan tidak dimaksudkan untuk mendiagnosis atau menetapkan.
[1] http://www.webmd.com/heartburn-gerd/guide/understanding-heartburn-basics
[2] http://www.calmclinic.com/anxiety/signs/heartburn
[3] http://www.healthline.com/health/gerd/stress#2
[4] http://www.nhs.uk/Livewell/fitness/Pages/whybeactive.aspx
[5] http://www.pcrm.org/health/health-topics/how-to-eat-right-to-reduce-stress
Artikel diterbitkan 25 Mac 2021