Langkau ke kandungan halaman

Mengalami pedih ulu hati dan ketidakhadaman sepanjang malam bukan sahaja menyakitkan tetapi ia juga menjengkelkan - anda sepatutnya tidur dengan nyenyak untuk melalui hari esok tetapi rasa sakit itu menghalang anda berbuat demikian.

Pedih ulu hati adalah biasa ketika malam hari, berbaring secara mendatar, kerana graviti tidak menarik asid perut turun ke bahagian perut yang sepatutnya.[1] Disebabkan itu, asid akan berada lebih lama dalam tekak menyebabkan lebih rasa sakit.

Simptom-simptom ini boleh menyakitkan, maka amatlah penting untuk cuba mengurangkannya seboleh mungkin. Ia boleh dilakukan dengan mudah melalui beberapa perubahan mudah dalam gaya hidup anda. Baca lebih lanjut untuk mengetahui petua-petua yang baik untuk melegakan kesakitan.

Makan sebelum Tidur

Ia amat penting untuk memberi masa kepada badan untuk mengosongkan perut dan menghadamkan makanan dengan baik sebelum anda baring dan tidur. Pastikan anda makan hidangan terakhir anda antara dua (2) hingga empat (4) jam sebelum tidur untuk membolehkan makanan melepasi sistem penghadaman anda.

Aturan Tidur

Letakkan sesuatu di bawah tilam atau tambahkan bantal tambahan, supaya anda boleh tidur dengan bahagian atas badan berada dalam posisi lebih tinggi sedikit dari bahagian lain. Berbaring secara mendatar akan memudahkan asid perut yang berlebihan untuk bergerak naik ke dalam esofagus dan menyebabkan rasa sakit pedih ulu hati, namun tidur dengan posisi kepala dan belakang tinggi sedikit bermakna graviti dapat menghalang lebihan asid perut dari bergerak ke tekak anda.

Anda juga patut cuba untuk tidur mengiring ke sebelah kiri anda, dan bukan berbaring. Apabila tidur berbaring, anda memberikan tekanan terhadap perut di mana ia boleh menyebabkan ketidakhadaman dan membawa asid perut naik ke tekak anda. Tidur mengiring ke sebelah kanan anda juga tidak digalakkan kerana ia menyebabkan otot sfinkter anda mengendur, yang mana akan membolehkan asid untuk terlepas. Namun, tidur mengiring ke sebelah kiri anda didapati dapat mengurangkan kesan refluks asid [2].

Kurangkan Stres dan Keresahan

Stres dan keresahan boleh menjadi penyumbang utama kepada pedih ulu hati dan ketidakhadaman serta boleh memberikan impak kepada sistem penghadaman. Jadi ianya amat penting untuk memastikan tahap stres anda serendah yang boleh. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam dan lakukan perkara yang menggembirakan anda. Anda boleh mencuba yoga atau meditasi bagi membantu anda untuk lebih santai!

Pakai Baju Tidur yang Sesuai

Pakai pakaian yang longgar untuk tidur kerana pakaian yang ketat, terutamanya di bahagian pinggang, akan memberikan tekanan terhadap perut anda dan ini boleh membawa kepada pedih ulu hati dan ketidakhadaman

Pertimbangkan belian ubat di kaunter

Sekiranya beberapa perubahan gaya hidup ini masih tidak membantu, anda boleh mencuba pilihan ubat di kaunter dengan menghubungi penyedia perkhidmatan kesihatan. Sekiranya gejala teruk atau berpanjangan, anda harus berjumpa doktor atau ahli farmasi.

* Artikel ini bertujuan untuk tujuan pendidikan. Semua maklumat yang disampaikan tidak dimaksudkan untuk mendiagnosis atau menetapkan.

[1] http://www.webmd.boots.com/heartburn-gord/guide/special-risks-of-nighttime-heartburn

[2] http://www.everydayhealth.com/gerd/managing/sleep-tips-for-people-with-gerd.aspx

Artikel diterbitkan 25 Mac 2021