Langkau ke kandungan halaman

Satu hari dalam setahun, iaitu ketika hari lahir anda, ia memberikan alasan yang kukuh untuk anda meninggalkan sebentar rutin biasa anda dan lakukan (serta makan) apa yang anda mahu. Walaupun hari lahir boleh menjadi hari yang sangat menarik, namun sistem penghadaman anda mungkin merasakan sebaliknya apabila hari tersebut tiba.

Selain musim perayaan dan beberapa hari lain yang jarang hadir sepanjang tahun, hari lahir anda adalah peluang terbaik untuk makan secara berlebihan - dan ia merupakan satu dari kesempatan yang ada untuk anda dapati diri anda makan lebih banyak dari hari biasa.

Dari semangkuk bijirin biasa yang membosankan, bahkan langsung tidak mengambil sarapan pagi bagi sesetengah orang, suasana pagi pada hari lahir kebiasaannya boleh melibatkan tidur yang nyenyak dan panjang, kemudiannya bangun dan keluar bilik untuk menikmati sarapan hari lahir yang istimewa bersama keluarga anda, lengkap dengan segelas air berkarbonat! Selain dari acara utama, tidak kira apa yang anda pilih untuk makan - dari telur ke pankek - terdapat juga hidangan tambahan yang perlu dipertimbangkan; secawan kopi, perahan jus oren yang segar dan semestinya, pusingan tambahan minum ucap selamat.

Walaupun ia adalah hari lahir anda, anda mungkin masih diperlukan di tempat kerja - namun, biarpun anda mungkin tidak mahu berada di tempat kerja pada hari lahir anda, ia merupakan masa untuk rakan sekerja anda untuk menyemarakkan lagi sambutan! Anda mungkin boleh mengambil masa rehat makan tengah hari yang lebih panjang dan menghabiskan masa tersebut di restoran kegemaran anda. Anda berpeluang untuk menikmati apa sahaja yang anda mahukan di situ.

Kemudian, kembali ke tempat kerja, anda mungkin juga akan berhadapan dengan dilema kek hari lahir. Apabila semua orang telah mengambil potongan kek masing-masing dan kembali ke meja mereka, anda akan ditinggalkan bersama separuh kek yang sukar untuk dilawan godaannya di sepanjang petang.

Selepas sepagi bersama keluarga anda, dan sepanjang hari di tempat kerja - rakan-rakan anda pasti mengajak anda keluar malam untuk meraikan hari lahir anda. Mungkin anda akan makan sedikit di rumah untuk mengalas perut anda sebelum berjumpa dan menghabiskan masa sepanjang malam mencuba setiap minuman yang tersenarai dalam menu koktel.

Dan apakah erti malam yang istimewa jika tidak membawa pulang apa-apa makanan? Ada kalanya anda rasa perlu untuk makan sesuatu yang berminyak bagi mengurangkan rasa keinginan anda. Bergantung pada kedai-kedai berhampiran dan yang masih buka, sesetengah orang memilih kentang goreng yang direndam dalam garam dan cuka atau dihiasi dengan keju yang dicairkan, atau mungkin kebab bergris atau sekeping besar piza jika anda suka! Apa sahaja demi mengurangkan rasa lapar anda selepas malam yang panjang; malah ia mungkin dapat membantu apabila ada berhadapan dengan rasa pening di waktu pagi keesokannya.

Hari lahir anda menghampiri penghujungnya apabila anda tiba di rumah. Sebelum anda kembali ke rutin biasa anda, ia adalah baik untuk anda minum segelas besar air dan membawa segelas lagi bersama anda ke bilik kerana anda tidak mahu merasa ternyahhidrat ketika bangun pagi!

Pertimbangkan belian ubat di kaunter

Makan dan minum banyak ini secara berkala bukanlah gaya hidup sihat untuk menjalani tetapi pada satu-satu masa ini, anda mungkin mengalami pedih ulu hati atau ketidakhadamn. Sekiranya beberapa perubahan gaya hidup ini masih tidak membantu, anda boleh mencuba pilihan ubat di kaunter dengan menghubungi penyedia perkhidmatan kesihatan. Sekiranya gejala teruk atau berpanjangan, anda harus berjumpa doktor atau ahli farmasi.

Artikel diterbitkan 25 Mac 2021