Langkau ke kandungan halaman

Adakah anda ada kalanya tidak mengambil sarapan? Adakah anda makan semasa lewat malam dan sebelum anda tidur? Adakah anda ada kalanya langsung tidak makan malam? Jika anda menjawab ya kepada mana-mana soalan tersebut, maka anda boleh menjadi salah seorang daripada mereka yang makan tidak menentu.

Mari kita lihat apa yang terlibat dalam tabiat makan tidak menentu:

Anda sukar untuk bangun pada waktu pagi dan biasanya akan kerap menekan butang “snooze”. Apabila anda akhirnya bangun dari tidur, anda hanya ada 10 minit untuk mandi, berpakaian, bersiap dan memulakan perjalanan ke tempat kerja - semestinya tidak berkesempatan untuk bersarapan.

Pertama sekali, tidak mengambil sarapan bukan satu permulaan yang baik untuk pagi anda. Ia boleh menyebabkan anda untuk tidak fokus dan apabila rasa lapar mula menyerang, anda mungkin terpaksa berhenti untuk snek di pertengahan pagi. Sepotong buah dan beberapa biji kacang adalah pilihan yang menyihatkan Cuba elakkan coklat, kerepek, atau apa-apa sahaja yang tidak menyihatkan dan cuba untuk tidak makan dengan cepat kerana ia merupakan salah satu langkah yang membawa kepada simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman.

Pada waktu makan tengah hari, anda menuju ke kedai makan dan sepatutnya mempunyai masa yang cukup untuk menikmati hidangan dengan tenang. Namun, anda seorang yang sibuk, maka anda terpaksa makan sandwic sahaja sambil meneruskan urusan anda, seperti yang lazim anda lakukan setiap hari. Anda mempunyai banyak urusan yang perlu diselesaikan dan makan tengah hari tidak menjadi keutamaan anda.

Makan tengah hari dalam keadaan tergesa-gesa bukanlah cara yang baik untuk mengalas perut bagi meneruskan hari anda – malah ia boleh mengakibatkan anda mengalami pedih ulu hati dan ketidakhadaman kerana anda tidak memberi masa untuk badan anda menghadamkan makanan sebelum anda menyambung kembali tugasan anda. Anda juga sepatutnya lebih berwaspada jika makanan tengah hari anda pedas, berlemak atau mengandungi penyebab utama lain seperti tomato.

Selepas kerja, rakan-rakan sekerja keluar untuk minum dan anda juga tidak mahu ketinggalan untuk turut serta. Apa yang sepatutnya hanya masa untuk minum selepas kerja, bertukar menjadi beberapa jam bersosial bersama kawan-kawan dengan beberapa pusingan minuman beralkohol dan akhirnya tidur pada jam 12 pagi tanpa makan malam.

Anda tidak benar-benar makan secukupnya sepanjang hari dan kini ditambah pula dengan minuman berkarbonat dan beralkohol, ini bermakna anda bukan sahaja hanya lapar tetapi berpotensi untuk kembung. Semakin hari berlalu, anda mungkin sudah mula mengalami simptom-simptom pedih ulu hati atau ketidakhadaman.

Pertimbangkan ubat di kaunter

Walau bagaimanapun, untuk waktu ketika pedih ulu hati, anda boleh mencuba pilihan ubat di kaunter dengan menghubungi penyedia perkhidmatan kesihatan. Sekiranya gejala teruk atau berpanjangan, anda harus berjumpa doktor atau ahli farmasi.

* Artikel ini bertujuan untuk tujuan pendidikan. Semua maklumat yang disampaikan tidak dimaksudkan untuk mendiagnosis atau menetapkan.

Artikel diterbitkan March 25, 2021