Gejala-gejala yang dirawat:
- Rasa terbakar di dalam dada
- Kembung
- Kesukaran menelan
- Pudina
Dos dan Amaran
Pil: Orang dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas: 2–4 pil selepas makan dan sebelum tidur, sehingga empat kali sehari. Kanak-kanak bawah 12 tahun: Hanya ambil menurut nasihat perubatan. Jika gejala berpanjangan selepas 7 hari, rujuk doktor anda
Sachet: Orang dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas: Satu ke dua sachet 10ml selepas makan dan sebelum tidur, sehingga empat kali sehari. Kanak-kanak bawah 12 tahun: Hanya ambil menurut nasihat perubatan. Jika gejala berpanjangan selepas 7 hari, rujuk doktor anda.
- Jangan gunakan produk ini selepas Tarikh luput (bulan/tahun)
- Sentiasa baca label.
Ramuan Aktif
- 500mg Natrium alginat (setiap 10 ml)
- 213mg Natrium bikarbonat (setiap 10 ml)
- 325mg Kalsium karbonat (setiap 10 ml)
Bagaimana Gaviscon Double Action bertindak
Gaviscon Double Action ialah produk terlaris dalam keluarga Gaviscon, dan status ini diperolehi daripada keberkesanannya dalam memberikan kelegaan daripada pedih ulu hati dan ketidakhadaman.
Gaviscon Double Action bertindak serta-merta dengan dua cara:
- Melalui komponen antasidnya, ia meneutralkan asid perut berlebihan untuk membantu melegakan rasa tidak selesa.
- Melalui alginat (yang diperhalusi daripada rumpai laut), ia membentuk lapisan perlindungan di atas kandungan perut untuk melegakan rasa terbakar di dalam dada dan mencegah refluks.
Rumusan cecair Gaviscon tidak mengandungi gula atau gluten, jadi anda boleh mengambil produk ini semasa hamil atau menyusu sambal menikmati kelegaan berganda daripada pedih ulu hati dan ketidakhadaman.