Ketidakhadaman

Kebanyakan kita mengalami ketidakhadaman sekali-sekala. Biasanya, ia bukan tanda apa-apa yang serius. Sakit boleh melanda bila-bila, tetapi biasanya selepas makan.

Punca & Gejala

Ketidakhadaman ialah perkara normal dan kebanyakan kita mengalaminya sedikit sebanyak sepanjang hidup kita.

Bagaimanapun, sudah pasti ada yang lebih teruk daripada yang lain, dan berkemungkinan mengalami beberapa kes setahun—atau sehari.

Ketidakhadaman semasa hamil juga perkara biasa; perubahan fizikal tubuh memberi kesan kepada pengeluaran hormone. Baca lebih tentang perkara ini di laman kehamilan kami.

Gejala-gejala Ketidakhadaman

Berikut adalah tanda-tanda ketidakhadaman:

  • Sakit sedikit di belakang rusuk.
  • Perut berkeroncong atau berdeguk.
  • Perut rasa tersimpul atau kejang.
  • Rasa terbakar di dalam perut.

Jadi, apa penyebab ketidakhadaman?

Ketidakhadaman biasanya disebabkan oleh asid berlebihan yang menyentuh lapisan sensitif di dalam perut, usus, atau esofagus—menyebabkan sakit dan bengkak. Ini boleh menyebabkan kesakitan yang terasa seperti terbakar di dalam perut—terutamanya jika lapisan pencernaan anda sangat sensitif.

Ketidakhadaman disebabkan pelbagai punca—tidak kesemua kita sama.

Antara punca-punca biasa ketidakhadaman adalah:

  • Makan berat.
  • Makan terlalu cepat.
  • Makanan berlemak atau pedas.
  • Tekanan dan kegelisahan.
  • Alkohol.
  • Merokok.

Mujur Gaviscon di sini untuk membantu.

Soalan-soalan Lazim

Ketidakhadaman boleh melanda bila-bila masa dan boleh disebabkan oleh perubahan dalam diet, tekanan berlebihan, atau punca-punca lain. Jangan risau—ketidakhadaman tidak perlu difikirkan sangat ; tetapi jika ketidakselesaan berpanjangan, sila rujuk dengan doctor anda.

Ketidakhadaman boleh merangkumi ketidakselesaan dan sakit perut, serta sembelit dan cirit-birit. Gejala-gejala lain termasuklah refluks asid, kembung, angin, atau loya.

Beberapa factor perlu diambil kira, seperti terlebih makan atau makan terlalu cepat. Makanan-makanan berlemak, berminyak, atau pedas juga boleh menjadi punca; kafein, alcohol, coklat, atau minuman bergas juga boleh menyebabkan ketidakhadaman.

Rawatan

Gaviscon Double Action memberikan kelegaan daripada ketidakhadaman, yang bermakna anda boleh meneruskan kehidupan sehari-hari. Ambil 10–20ml (dua ke empat sudu 5ml) selepas makan dan sebelum tidur, sehingga empat kali sehari.

Hamil? Rangkaian Gaviscon sesuai untuk diambil semasa hamil dan menyusu.

Semua maklumat yang diberikan di sini tidak dimaksudkan sebagai diagnoses atau preskripsi. Jika gejala menjadi teruk atau berpanjangan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi. Sentiasa baca label yang tertera.