Refluks Asid

Refluks asid merupakan rasa terbakar yang anda alami di dalam tekak dan dada. Ia disebabkan asid perut yang bergerak ke atas.

Punca & Gejala

Refluks asid biasanya berlaku sebelum tidur, semasa anda baring, kerana tidak banyak tenaga diperlukan untuk asid perut bergerak ke arah dada dan tekak.

Asid perut membantu kita mencernakan makanan. Bagaimanapun, semakin kita meningkat usia, badan kita semakin kurang berupaya untuk mengekang asid perut daripada bergerak naik. Sebab itulah anda lebih berkemungkinan untuk mengalaminya setelah lebih berusia, walaupun ia juga boleh berlaku kepada orang muda.

Gejala-gejala refluks asid termasuklah:

  • Rasa terbakar di dalam dada atau tekak selepas makan.
  • Rasa panas masam atau masin di belakang tekak, disertai dengan kesukaran menelan.
  • Rasa sakit.
  • Susah atau sakit semasa menelan.
  • Mendesah.
  • Sendawa.

Dalam kebanyakan kes, refluks asid adalah tindak balas semula jadi apabila asid perut mengganggu esofagus yang tidak terlindung.

Apakah penyebab refluks asid?

  • Makanan goreng dan berminyak
  • Terlebih makan
  • Makan terlalu cepat
  • Daging berlemak dan produk tenusu
  • Alkohol, kafein, dan makanan pedas, yang boleh menyebabkan sfinkter bawah esofagus terbuka.

Terlebih berat badan juga menambahkan tekanan ke atas perut, menyebabkan injap sfinkter esofagus terbuka selepas makan.

Tetapi, penyebab utamanya? Tekanan perasaan, yang boleh menyebabkan gejala-gejala menjadi lebih teruk. Ini kerana tekanan menggunakan bekalan prostaglandin kita, yang melindungi perut daripada asid. Cuba tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam untuk mengurangkan tekanan.

Soalan-soalan Lazim

Sesetengah orang menghidap LPR (refluks laringopharyngeal). Gejala-gejala biasa LPR adalah sakit tekak dan batuk yang disertai “ketulan” yang sukar hilang. Jika anda mengalami LPR, sentiasa rujuk dengan doktor.

Tekanan dan kegelisahan boleh memberi kesan kepada pengeluaran prostaglandin, iaitu bahan kimia yang digunakan dalam proses pemulihan dan pembaikan di dalam badan. Prostaglandin penting dalam menangani kerosakan yang disebabkan refluks asid.

Jika anda mengalami refluks asid, anda dinasihatkan untuk mengamati apa yang anda makan setiap hari. Berpada-pada dengan apa yang anda makan merupakan langkah berkesan:

Makanan penyebab refluks asid yang elok dielakkan adalah:

  • Makanan berlemak atau pedas
  • Makanan berminyak
  • Produk tenusu
  • Sos berkrim

Rawatan

Kita tahu betapa mengganggunya refluks asid, disebabkan itulah rangkaian produk kami dirumus untuk mengelakkan ketidakselesaan. Produk-produk kami membentuk lapisan perlindungan yang mengekang asid—dan pelbagai penceroboh lain seperti pepsin dan hempedu—daripada naik ke esofagus.

Rumusan likat yang merupakan bahan utama rangkaian kami (Gaviscon Peppermint, Advance, dan Double Action) ialah natrium alginate, serta antacid, yang menukarkan asid kepada air.

Dengan kedua-duanya, Gaviscon menawarkan kelegaan menyamankan, yang membantu anda meneruskan kehidupan sehari-hari.

Dos: Ambil 10–20ml (dua ke empat 5ml) sudu Gaviscon Peppermint atau Double Action, atau 5–10ml sudu Gaviscon Advance, selepas makan dan sebelum tidur.

Semua maklumat yang diberikan di sini tidak dimaksudkan sebagai diagnoses atau preskripsi. Jika gejala menjadi teruk atau berpanjangan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi. Sentiasa baca label yang tertera.