Pedih Ulu Hati

Pedih ulu hati ialah rasa pedih di dalam dada disebabkan asid perut yang menghala ke arah tekak.

Punca & Gejala

Pedih ulu hati biasanya berlaku selepas makan, hampir waktu tidur, atau malam.

Gejala-gejala pedih ulu hati termasuk:

  • Rasa pedih di dalam dada atau tekak selepas makan.
  • Rasa cecair masam panas atau masin di belakang tekak, diikuti kesukaran menelan.
  • Tekanan di belakang tulang dada.
  • Perut kembung.
  • Rasa ingin sendawa.
  • Rasa tidak sihat.

Dalam kebanyakan kes, pedih ulu hati ialah tindak balas semula jadi terhadap asid perut. Bagaimanapun, kami faham betapa mengganggunya gejala ini. Sebab itulah kami telah mengenal pasti makanan-makanan yang lebih baik dielakkan.

Makanan apa menyebabkan pedih ulu hati?

  • Makanan goreng dan berminyak.
  • Makan terlalu banyak.
  • Makan terlalu cepat.
  • Daging berlemak dan produk tenusu.
  • Alkohol, minuman berkafein, dan makanan pedas, yang boleh juga menyebabkan injap sfinkter terbuka.

Tekanan dan berat badan berlebihan juga merupakan factor, jadi amalan pemakanan dan senaman yang kerap boleh membantu. Bagaimanapun, anda tidak perlu menghentikan kehidupan anda kerana pedih ulu hati—kami di sini untuk membantu.

Soalan-soalan Lazim

Pedih ulu hati boleh memberi kesan besar kepada kualiti dan kuantiti tidur, dengan refluks asid yang biasanya berlaku semasa waktu tidur. Ini dijadikan lebih teruk kerana membaring menyebabkan asid bergerak lebih mudah ke arah tekak. Tambahan pula, makanan berat sebelum tidur memberikan tekanan kepada injap atas sfinkter esofagus, yang memaksanya terbuka.

  • Makanan berat. Pastikan saiz makanan anda kecil untuk merendahkan kemingkinan pedih ulu hati.
  • Makanan berlemak. Makanan yang tinggi lemak juga menjadi punca.
  • Tekanan dan kegelisahan. Tahukah anda yang tekanan boleh menyebabkan sakit perut? Tekanan menggunakan prostaglandin, iaitu lipid di dalam badan yang melindunginya daripada asid.
  • Alkohol. Alkohol mengendurkan bahagian bawah sfinkter esofagus (otot yang melindungi anda daripada asid). Tambahan pula, makanan berminyak yang dinikmati bersama alcohol juga tidak membantu.
  • Merokok. Seperti alcohol, nikotin mengendurkan bahagian bawah sfinkter esofagus, yang seterusnya meninggikan kemungkinan refluks asid bergerak menghala ke atas dalam perut.

Cara hidup memang merupakan pertimbangan penting. Berhenti merokok, mengawasi pemakanan, dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan tekanan adalah cara efektif. Sementara itu, Gaviscon dirumus khas untuk membantu. Gaviscon menghasilkan lapisan perlindungan di atas asid perut anda untuk melindungi anda daripada pedih ulu hati—terutamanya semasa anda tidur.

Rawatan

Untuk menghentikan asid daripada naik dan mengganggu, Gaviscon menggunakan natrium alginat, rumusan likat yang membentuk lapisan perlindungan di dalam perut. Gaviscon juga mengandungi antasid, yang menukarkan asid berlebihan kepada air.

Dengan menggabungkan kedua-duanya, anda boleh menikmati kelegaan yang menyamankan, yang membantu anda meneruskan kehidupan sehari-hari.

Dos: Ambil 10–20ml (Gaviscon Double Action) selepas makan dan sebelum tidur. Anggap satu sudu teh bersamaan 5ml.

Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: Ambil 5–10ml (satu atau dua sudu 5ml) selepas makan dan sebelum tidur, sehingga empat kali sehari (Gaviscon Peppermint).

Semua maklumat yang diberikan di sini tidak dimaksudkan sebagai diagnoses atau preskripsi. Jika gejala menjadi teruk atau berpanjangan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi. Sentiasa baca label yang tertera.