Gejala-gejala yang dirawat:
- Rasa terbakar di dalam dada
- Kesukaran menelan
- Cecair di belakang tekak
- Cecair
- Pudina
Dos dan Amaran
Bagi rumusan cecair, ambil 5–10ml (satu ke dua sudu 5ml) selepas makan dan sebelum tidur
- Jauhkan daripada kanak-kanak
- Ubat ini mengandungi natrium, potassium, dan kalsium. Jika anda telah dinasihatkan untuk mengikuti diet yang menghadkan garam-garam ini, sila rujuk doktor anda sebelum mengambil produk ini
- Jangan ambil selepas tarikh luput (bulan/tahun)
- Sentiasa baca label
Ramuan Aktif
- 1000mg Natrium alginat (setiap 10 ml)
- 200mg Potasium Hidrogen Karbonat (setiap 10 ml)
Bagaimana Gaviscon Advance bertindak
Gaviscon Advance membentuk lapisan perlindungan untuk menghalang asid daripada merefluks ke atas esofagus (saluran makan). Tambahan lagi, kami telah memastikan Gaviscon Advance mengandungi ciri-ciri “pelekatan mukosa”—ini bermakna ia menyalut esofagus untuk memberikannya perlindungan berpanjangan.
Kita tahu betapa menganggunya pedih ulu hati dan refluks asid; itulah sebabnya Advance dirumus untuk kelegaan berpanjangan—supaya anda boleh terus menikmati kehidupan sehari-hari.
Berbanding dengan Gaviscon Peppermint, rumusan Gaviscon Advance yang lebih kuat mengandungi dua kali ganda kepekatan natrium alginat—membentuk “sampan” yang kuat dan kukuh.
Rumusan cecair ini tidak mengandungi gula atau gluten dan boleh diambil semasa hamil atau menyusu.
Tambahan lagi, Advance mempunyai kandungan natrium terendah di kalangan rangkaian Gaviscon, menjadikannya rumusan yang disyorkan untuk ibu hamil dan menyusu.